Setiap kali anak menduduki peperiksaan atau ujian di sekolah, ibu bapalah yang paling risau. Macam-macam andaian dan pertanyaan mula bermain di fikiran. Anak boleh jawab soalan kah? Boleh luluskah? Bagaimana soalannya? Anak boleh faham soalan kah? Cukup masakah dan boleh ke dapat A?

Hakikatnya, sebagai ibu bapa… doa itulah senjata paling ampuh untuk kecemerlangan anak pada masa hadapan. Bukannya berfikir tentang pelbagai andaian yang boleh merunsingkan fikiran.

Demi kejayaan anak, beberapa tip berikut perlu ibu bapa patuhi:

1.Tanamkan kepercayaan dan keyakinan ke atas anak

Kenapa anak-anak nampak ‘cool’ sahaja, berbanding ibu bapa? Sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir? Sebenarnya… luaran sahaja begitu, sedangkan anak sama juga seperti ibu bapa. Ada menyimpan perasaan risau, walaupun sudah siang malam bersama buku latihan. Sebagai ibu bapa, waktu beginilah anda perlu memainkan peranan. Dekati anak, berikan kata semangat dan keyakinan, bahawa anak mampu harungi peperiksaan besar itu dengan baik. Paling tidakpun, bantu anak-anak anda membuat check list subjek yang perlu diulangkaji.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 strategi menjelang peperiksaan, yang perlu anda patuhi

2.Janganlah beri tekanan pada anak

“Awak mesti dapat A! Tak dapat A siap awak!”

Ini antara amaran dan kata-kata yang sering keluar dari mulut segelintir ibu bapa. Padahal, dalam keadaan begini, ibu bapa haruslah lebih memahami dan tidak menekankan hal-hal begitu. Sebaliknya anda perlulah prihatn dan peka dengan keadaan anak, dan bukannya memberikan lebih tekanan kepadanya.

3. Berikan kata-kata positif

Setiap masa pujuk dan berikan kata-kata sokongan kepada anak. Ia secara tidak langsung akan dapat membangkitkan semangat dalam diri anak. Setiap pagi, sebelum nak berangkat ke sekolah, peluk dan bisikkan kepadanya, “Anak ayah/ibu pasti berjaya”, “Jawab dan baca soalan betul-betul” dan “Jangan lupa baca doa sebelum jawab soalan.”

4. Gunakan masa sebaiknya

Dalam minggu peperiksaan, sebaiknya janganlah bawa anak keluar makan di luar, tengok wayang, beli belah dan sebagainya. Ibu ayah perlulah berkorban sedikit sementara anak masih dalam minggu peperiksaan. Selepas habis musim peperiksaan, barulah boleh beriadah bersama anak-anak di luar.

5.  Luangkanlah masa dan ambil Cuti

Ambillah cuti beberapa hari, dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah. Berikan kata semangat padanya dan bukannya ayat hukuman. Elakkan dari memberikan peringatan, “Along mesti  LULUS CEMERLANG…” Sebaiknya, katakan padanya, “Reda dengan apa jua keputusannya, yang penting along sudah berusaha sebaik mungkin.”

6. Banyakkan berdoa dan solat hajat

Banyakkan berdoa, kerana doakan ibu dan ayah itu doa yang mustajab. Setiap kali solat, jangan putus titipkan doa buat anak yang sedang menduduki peperiksaan.

ARTIKEL BERKAITAN DOA:  Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

UPSR: Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan