Pasti ada ibu ayah yang pening bila anak tanya macam mana nak guna abakus.

Ibu ini tunjuk cara guna abakus cara mudah ajar anak faham Matematik.

Perkongsian video daripada Zanariah Abdul Ghani mendapat perhatian kerana cara yang digunakan dalam mengajar anaknya mudah untuk difahami.

Memandangkan abakus ini terdapat dalan sukatan pembelajaran sekolah rendah maka beliau  mengambil langkah belajar dahulu berkenaan abakus.

“Apabila sudah faham maka saya akan gunakan cara paling mudah untuk mengajar anak-anak.

“Saya memang suka subjek Matematik dan sedaya upaya cuba membuat anak saya merasakan Matematik adalah subjek menarik,” katanya.

Jelasnya, cara digunakan dengan memberi penerangan sambil membuat lakaran dan kemudian menyoal kembali sehingga anak boleh menjawab semula.

“Ilham itu mungkin datang daripada saya kerana dengan melakar gambar rajah dan menerangkan satu persatu cara membaca nombor lakaran nampak lebih mudah,” katanya.

Terdapat dua episod iaitu episod satu untuk sukatan tahun satu manakala episod dua pula untuk mereka yang berada di tahun dua.

Jom kita lihat video dikongsikan ibu ini mengenai cara mudah mempelajari abakus.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan pembelajaran anak-anak di sekolah!

 

'

Sukatan pelajaran abakus untuk tahun satu.

 

Teknik menerangkan dan membuat lakaran yang dilakukan Zanariah kepada anaknya.

 

Sukatan pelajaran abakus untuk tahun dua.
 

Sumber : Facebook Zanariah Abdul Ghani