Cuti-cuti sekolah atau hujung minggu tentu seronok kalau ada aktiviti dengan anak-anak, bukan? Antara yang anak-anak suka adalah main belon buih gergasi atau dikenali sebagai ‘giant bubble’.

Sebenarnya ada cara buat belon buih gergasi di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah dan jimat. Berikut adalah perkongsian daripada Cikgu cemerlang dari SMK Jerlun, Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib tentang cara buat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’ mengikut idea Sains.

'Bubble Giant' yang dihasilkan pelajar

CARA BUAT BELON BUIH GERGASI ‘GIANT BUBBLE’. JIMAT!

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’.

BAHAN-BAHAN:

600 ml pencuci pinggan JOY

4 genggam tepung jagung

Air setengah baldi

Pastikan tepung bercampur dengan sebati bersama-sama air dan sabun tersebut.

Idea kreatif ini hasil daripada cikgu-cikgu Sains di Malaysia. Jika anda inginkan idea Sains yang lebih menarik, jom kita sertai kumpulan Cikgu Sains Kreatif. InshaAllah banyak manfaatnya..

Sumber diperoleh:
Cara Hasilkan Buih Sabun Gergasi

Artikel lain:
Berlatih empat hari tiap minggu - Pasukan paintball SMK Seksyen 18 nekad buru juara dunia
Guru cemerlang ini kongsi teknik menjawab soalan esei Sains SPM
Guru ini kongsi teknik pengurusan masa mudah, efektif dan bijak