BUKAN senang hendak senang. Begitulah juga, apabila hendak menjadi bijak Matematik perlu mengambil beberapa langkah untuk diamalkan berterusan.

INGAT! Pelajar seharusnya mengambil peluang ini untuk memantapkan diri dengan ilmu Matematik.

Ini 6 tips mudah kuasai Matematik! Mari kita jadikan amalan berterusan.

  1. Sentiasa buat latihan. Sentiasa!
  2. Luang masa minima 10 minit untuk latihan secara bertulis atau lisan (congak/hafalan sifir)
  3. Mulakan soalan yang rendah dulu arasnya.
  4. Pastikan penambahan dan penolakan nombor bawah 20 anak-anak dah mahir dan cekap.
  5. Hafal sifir. Sifir adalah jantung Matematik.
  6. Latihan yang sama boleh diulang-ulang walau mereka dah pandai jawab. Latih kecekapan dan kepantasan pula.

 

Sumber: Cikgu persis Korea, Mohd Fadli Salleh