Cuba teka, mata pelajaran apakah yang membosankan dan tidak diminati oleh kebanyakan murid di sekolah? Rata-rata murid  pasti akan menjawab mata pelajaran Sejarah.

Antara alasan yang sering diberi adalah, bosan, malas nak ingat, susah nak hafal fakta, tak suka dan tidak menyeronokkan.

Padahal, subjek tersebut tidaklah sesukar yang disangka. Jika murid faham dan tahu apakah panduan untuk SKOR A dalam subjek ini, yang susah pun akan jadi mudah!  

Ikuti 6 tip mudah kuasai SEJARAH, bersama Ketua Panatia Sejarah, Sekolah Kebangsaan Kg Baharu Jerantut, Pahang, Cikgu Norafizah Abdul Razak.

Menurut  Dewan Bahasa dan Pustaka Sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau; juga  kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku secara kronologi. Justeru inilah, matapelajaran Sejarah bukanlah matapelajaran yang diminati di sekolah. Namun begitu, ada cara  dan panduan untuk pelajar lebih meminati mata pelajaran Sejarah.

1.Menanamkan perasaan ‘ingin tahu’

Pelajar seharusnya menanam perasaan ingin tahu terhadap peristiwa-peristiwa lampau yang telah berlaku di dalam negara ini. Sifat ingin tahu ini akan membawa pelajar kepada pencarian maklumat melalui laman sesawang, pembacaan pelbagai bahan cetak seperti buku,jurnal,bahan kajian dan laporan lepas. Melalui penerokaan ilmu sejarah ini akan membawa pelajar kepada kefahaman yang lebih jelas tentang fakta sejarah.

2.Menggunakan peta pemikiran atau peta minda

Pelajar boleh menggunakan peta pemikiran atau peta minda untuk melakar kronologi sejarah. Nota yang panjang membuatkan pelajar akan bosan untuk membaca. Lakaran kronologi yang mudah akan membantu pelajar mengingat fakta secara lebih ‘bebas’.

3.Penglibatan yang aktif

Pelajar seharusnya mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan,sumbangsaran dan pembentangan semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran Sejarah. Penglibatan yang aktif akan mengukuhkan kefahaman dan seterusnya dapat menghayati isi kandungan mata pelajaran Sejarah.

4.Menerapkan nilai jati diri

Sikap cintakan negara, bersatu padu dan sayangkan keamanan seharusnya dipupuk dalam diri seawal kanak-kanak lagi. Jati diri individu sangat berkait rapat dengan kefahaman mereka terhadap nilai Sejarah. Pelajar yang cintakan negara lebih menghargai sejarah, menghargai pergorbanan tokoh-tokoh terdahulu.

5.Jadikan tempat bersejarah destinasi percutian

Pelajar-pelajar boleh menanam minat terhadap mata pelajaran Sejarah dengan menjadikan tempat bersejarah sebagai lokasi percutian atau pelancongan. Ini merupakan proses pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bermakna dan berkesan. Kunjungan ke Muzium, Bangunan Bersejarah, Gua, Lokasi Penempatan Awal, Kesan-kesan penjajahan adalah proses pembelajaran secara santai dan tidak ‘membebankan’.

6.Kajian lapangan atau kajian kes

Proses pembelajaran secara kajian dan penyelidikan merupakan satu pendekatan yang berkesan yang pelajar boleh ikuti dalam mata pelajaran Sejarah. Melalui pendekatan ini pelajar akan diberi peluang mengkaji dan membuat penyelidikan di lapangan. Pelajar akan membuat catatan ringkas tentang kronologi Sejarah dan pembelajaran mereka akan menjadi ‘bermakna’. Apabila pelajar mendapat ‘makna’ sudah pasti ia mudah kekal difahami dan kekal diingatan.

ARTIKEL MENARIK:

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

'Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan' - Ibu kongsi cara berkesan didik anak skor 'exam"

Cgu Jinggo kongsi tip belajar saat akhir - Untuk budak kelas hujung

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir