"TIGA petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa menjawab kertas Fizik.

"Moga dengan perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Fizik pada Rabu, 27 November depan," kata Guru Cemerlang Fizik Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar Muar, Mohd Afiffi Baharuddin.

**********

Petua dan Kaedah

1) Satuv Method

Menyelesaikan masalah gerakan linear dengan pantas dan cekap.

Langkah 1 : Susun formula mengikut turutan pendek ke panjang

Langkah 2 : Masukkan maklumat ke dalam satuv

Langkah 3 : Memilih formula

-S mewakili formula pertama, A mewakili formula kedua, T mewakili formula ketiga dan V mewakili formula terakhir manakala U tidak terlibat kerana semua formula sudah mengandungi U.

-Formula dipilih berdasarkan SATUV yang tidak mempunyai sebarang maklumat

-Untuk soalan di atas, didapati S tidak mempunyai sebarang maklumat. Oleh kerana S mewakili formula pertama, maka formula 1 dipilih untuk menyelesaikan soalan tersebut.

2) La-OCRECS Diagram

Membantu pelajar membina penerangan konsep Fizik dalam soalan esei dengan tersusun dan lengkap.

1. “La” adalah label. Gunakan label pada rajah sebagai panduan untuk menulis penerangan.

2. “OCRECS” adalah akronim dari “object, compare, relate, effect, concept & statement”. Gunakan akronim ini untuk melengkapkan penerangan pelajar.

3. “Diagram” adalah rajah berlabel. Boleh melukis rajah berlabel untuk membantu penerangan.

Contoh Soalan :

Contoh jawapan

Apabila gelembung udara bergerak naik ke permukaan air,

-Kedalaman air berkurang (compare)

-Tekanan air berkurang (compare)

-Tekanan air berkadar terus dengan kedalaman (Relate)

-Tekanan air berkadar songsang dengan isipadu (Relate / Statement)

-Hukum Boyle (Concept)

3) Compress Method

Membantu menyelesaikan masalah trigonometri keseimbangan daya dengan cekap dan pantas.

COMPRESS METHOD MENYATAKAN

“COMPRESS ANGLE = COS”

Contoh Soalan :

Leraikan daya 200 N kepada paksi- x

-Bawa daya 200 N ke arah paksi –x

-Perhatikan samaada daya 200 N tersebut menghimpit (Compress) sudut 40o atau tidak.

-Bina ayat “siapa compress siapa”

-Maka dapat jawapan “ 200 compress 40” iaitu, 200 cos 40 untuk daya pada paksi –x

Tip Menarik:

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

Skor subjek Fizik SPM dengan empat tip mudah daripada Cikgu Ajwad

Cikgu Karthikeyan kongsi strategi dan teknik menjawab Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM 2020

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai