Tengok kalendar, cemas betul bila tengok tarikh-tarikh peperiksaan. Aduh, banyak yang belum baca lagi. Cemas, runsing, bimbang. Semua berlegar-legar, bercampur-baur dalam diri.

Sedangkan, kononnya nak buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Nah, usah bimbang lagi! GPS Bestari ada 10 tip terbaik hadapi peperiksaan untuk hilangkan kerisauan kamu.

 

1.       Bagi masa yang cukup pada diri sendiri

Jangan tunggu sampai ‘last minute’. Ada orang mungkin berjaya jika jadi ‘last minute person’, tapi mungkin kamu bukan tergolong di dalamnya. Jadi, usahakan untuk membuat JADUAL WAKTU. Tuliskan berapa banyak subjek dalam peperiksaan yang kamu bakal duduki dan berapa HARI lagi yang ada untuk kamu ulang kaji.

 

2.       Kemaskan tempat belajar

Alahai…kemaskanlah tempat belajar kamu tu. Jangan jadikan seperti ‘sarang tikus’ pula ye. Pastikan meja belajar cukup untuk meletakkan buku-buku teks dan nota-nota kamu. Pembalut makanan seperti keropok dan coklat yang makan semalam, tolong buang segera. Persekitaran yang BERSIH akan menggalakkan otak berfikir dengan lebih bijak. Nak lebih lagi, semburlah sedikit pewangi udara. Segar sikit!

 

3.       Gunakan ‘flow chart’ dan diagram

Visual sangat-sangat membantu apabila melakukan ulang kaji. Oleh itu, apa kata CABAR DIRI untuk menulis apa saja di atas kertas tentang sesuatu topik dan kemudian guna pen penyerlah (‘highlighter’) untuk menyerlahkan isi penting.

Semakin kamu dekat dengan tarikh peperiksaan, ringkaskan nota ulang kaji itu ke dalam 1 halaman bentuk diagram. Pasti kamu lebih senang untuk mengingat kembali semua fakta ketika di dalam dewan peperiksaan apabila menggunakan format mudah ini.

 

4.       Buat latihan soalan peperiksaan yang terdahulu

Salah satu cara paling efektif untuk menghadapi peperiksaan adalah dengan sering membuat LATIH TUBI dengan soalan peperiksaan tahun terdahulu. Ini ternyata memang sangat membantu dan membuatkan kita terbiasa dengan format soalan. Dan jika kamu setkan masa sendiri, secara automatik kamu sudah mampu menganggarkan kadar masa untuk menjawab setiap satu soalan agar dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan.

 

5.       Terangkan jawapan kamu kepada orang lain

Jangan rasa jengkel atau sakit hati dengan adik-adik atau abang kakak kamu ketika musim peperiksaan! Sebaliknya, mereka adalah PELUANG TERBAIK kamu. Untuk lebih daya ingatan dan pemahaman, cuba kamu pinjam masa mereka seketika. Terangkan kepada mereka mengenai jawapan kamu. Ini akan membantu kamu memahami dengan lebih jelas dalam kepala, dan kamu tahu topik yang mana kamu perlu lebih ulang kaji.

 

6.       Buat ‘study group’

Ajaklah kawan-kawan ulang kaji bersama. Mungkin kamu ada soalan yang tidak difahami, begitu juga mereka. Tapi, pastikan kamu semua FOKUS ketika bersama dan pastikan DISIPLIN mengikut masa. Ini cabaran buat kamu! Jangan pula meleret makan snek, borak lama-lama sehingga menjejaskan masa ulang kaji yang berharga itu.

 

 

7.       Rehat sekejap

Jangan ingat belajar dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kita lebih pandai. Tidak! Sebaliknya, ambillah masa untuk berehat seketika. Andainya kamu lebih bersemangat untuk belajar ketika waktu pagi, jadi berehatlah ketika menjelang tengah hari. Setiap orang mempunyai daya yang berbeza-beza. Jika kamu lebih produktif pada waktu malam, berehatlah lebih awal supaya kamu lebih bersedia untuk mengulang kaji pada malam hari. Tak perlulah rasa bersalah sangat kalau sesekali kamu keluar menikmati sinaran matahari. Ingat, VITAMIN D pun penting juga untuk otak yang sihat!

 

8.       Katakan tidak pada snek ringan!

Tolong jauhkan diri kamu kepada segala jenis makanan ringan. Mungkin adakala kamu teringin sangat nak menikmatinya, tapi ingatlah bahawa peperiksaan kamu itu jauh lebih penting. Tubuh dan otak kamu sekarang adalah perkara terpenting yang perlu dijaga. Bukankah ikan, kekacang, yogurt, dan susu lebih baik untuk dinikmati buat masa ini. Ketika hari peperiksaan, makanlah MENU yang SIHAT sebelum masuk ke dewan.

 

 

9.       Rancanglah menjelang hari peperiksaan

Sama seperti menjelangnya hari lahir, pastinya persiapan dibuat lebih AWAL. Begitu juga hari peperiksaan. Pastikan kamu sudah bersedia awal-awal, jangan tunggu sampai sehari sebelum peperiksaan ye. Periksa semua kelengkapan alat tulis. Dan jika kamu merancang untuk pergi bersama rakan-rakan, tolong pilih daripada kalangan mereka yang tepati masa!

 

10.   Minum banyak air

Kita tidak mahu tubuh terhidrasi. Tubuh yang cukup kandungan air akan menyebabkan otak bekerja pada tahap yang cemerlang. Pastikan kamu mendapat AIR yang cukup, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ketika ulang kaji dan juga hari peperiksaan.

 

 

Akhirnya, selamat menjawab peperiksaan. Ingat GPS Bestari dan kamu pasti cemerlang!