Pernah tak anda dengar ada pelajar ni nampak biasa-biasa je dalam kelas dan taklah terlalu menonjol pencapaian akademiknya.

Namun, apabila dah habis SPM kita tengok dia boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Bahkan selesai habiskan pelajaran di IPT, dia cepat pula dapat tawaran kerja dan boleh kata macam tak sempat nak bergelar penganggur.

Ya itulah nama keberkatan ilmu daripada guru. Macam mana nak mendapatkan keberkatan ilmu terhadap guru?

Jawapannya anda kena jaga adab dengan guru ketika belajar. Tak kira dalam kelas sebenar ataupun kelas online.

Sebab apa sekali guru kita tak redha akan ilmunya pada kita, saat itu anda akan lihat ia akan memberi kesan dalam pembelajaran anda bahkan yang lebih buruk lagi ia akan memberi kesan buruk pada kehidupan anda.

So supaya korang tak jadi macam tu, cikgu kongsikan lapan tip jaga adab dalam kelas online

Tip 1

Guna nama sebenar ketika anda join group meeting dalam aplikasi pembelajaran. Kan nama korang dah cantik dan ia adalah penghargaan yang diberikan oleh ibu bapa yang meletakkan nama kalian. So, janganlah letak nama yang bukan-bukan pada paparan nama dalam kelas online.

Tip 2

Guna gambar sebenar dalam profile aplikasi anda. Tak payah nak kebudak-budakan sangat guna gambar kartun dan gambar yang takde kena mengena pun dengan wajah korang.

Tip 3

Semasa kelas, buka paparan camera jangan off paparan camera. Cikgu akan lebih bersemangat mengajar pabila mereka nampak wajah korang semasa kelas, dan ia merupakan interaksi secara langsung pabila korang boleh bertatap wajah dengan guru walaupun hanya dalam aplikasi online.

Tip 4

Semasa guru anda sedang mengajar ‘mute’kan aplikasi ‘mic’ anda dan jika hendak bertanya soalan anda hendaklah bergilir-gilir dengan kawan-kawan lain. Dalam bahasa mudahnya korang janganlah buat bising masa kelas berlangsung, agar mudah korang memahami apa yang cikgu nak sampaikan.

Tip 5

Masuk awal ketika kelas online bermula. Biarlah kita yang tunggu guru dan bukan guru yang tunggu pelajar. Yang nak belajar tu kan kita, so kena masuk awal.

Tip 6

Sentiasa hadir kelas walaupun sekadar kelas online. Harus anda ingat guru yang buat kelas tu pun banyak komitmen lain tapi still nak buat kelas demi memandaikan anak bangsa. Jadi, kalau guru-guru bersemangat buat kelas korang kena dua tiga kali ganda lebih bersemangat untuk hadir kelas.

Tip 7

Minta izin jika anda nak keluar awal. Macam mana caranya? Anda boleh chat guru anda ‘Privately’ untuk menyatakan apakah sebab anda keluar session. Jangan tiba-tiba anda left dan menghilang tanpa apa-apa berita.

Tip 8

Dah habis kelas ucapkanlah “Terima Kasih”. Nampak senang je perkataan ni tapi ramai pelajar tak sebut saat kelas selesai dengan guru. Terima kasih tu penghargaan sebab guru korang sanggup ajar walaupun dengan cara online. Boleh semua?

*Terima kasih kepada Jumat Mat Salleh @ Cikgu Jumat atas perkongsian ini.

Cikgu Jumat merupakan Tutor Kelas Online Sejarah dan Founder TipsBelajar.Com

Tip menarik:

Guru Cemerlang aplikasikan tujuh tip ini untuk tarik pelajar 'lemah' minat Matematik. Memang menjadi

21 kaedah belajar yang betul dan berkesan untuk bantu pelajar cipta kejayaan - Versi Cikgu Iznan

Pelajar Tingkatan Satu...ini perkongsian Cikgu Hailmi tentang penggunaan cermin dan alat optik

Enam strategi berkesan untuk bantu guru galak pelajar berfikir secara KBAT. Semoga bermanfaat