JIKA dahulu aliran tahfiz ini agak eksklusif dan terbuka hanya kepada mereka yang berada dalam pengkhususan dalam bidang agama, namun kini menghafal al-Quran lebih terbuka dan inklusif kepada semua pelajar yang berminat serta penawaran ini juga tertakluk kepada semua institusi yang mempunyai fasiliti penawaran yang mencukupi untuk menjalankan program tahfiz ini, samada di peringkat pra persekolahan, sekolah rendah, sekolah menengah, penawaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang berbentuk sijil, diploma dan juga ijazah (Rashidi Abbas, 2018).

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan huffaz profesional, program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh kerajaan negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu (Norhazriah, 2012).

Manakala di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah dilaksanakan pada tahun 2009 bermula di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu (Siti Solehah & Umi Kalthom, 2016).

Hasil kejayaan di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu dan MRSM, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah melaksanakan TMUA di sekolah menengah KPM mulai 2014 melalui Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2016), teknik hafazan an-Nur dan sebagainya.

Merujuk kepada modul MRSM Ulul Albab Kota Putra (2009) bahawa Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

Tiga komponen yang ada di dalam Ulul Albab ini ialah Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Quranik merujuk mereka menghafaz 30 juzu’ al-Quran serta memahami berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS).

Pelajar yang mempunyai ensiklopedik akan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.

Manakala ijtihadik ialah pelajar yang berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian masalah umat, memaksimumkan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi (Norhazriah, 2012).

Perbezaan Tahfiz Model Ulul Albab, Imtiaz dan MRSM

Sekolah Imtiaz mengguna pakai sistem aliran dwialiran bersepadu di mana Kurikulum Kebangsaan disepadukan dengan program hafazan (Norhazriah [email protected], 2012,).

Manakala pihak MRSM pula mengintegrasikan kurikulum MRSM (Sains Tulen) dengan program aliran agama iaitu hafazan Al-quran (Aminudeen, 2012; Mohd Shahril Amad Razimi & Sidek Baba, 2013).

Walaupun terdapat perbezaan dari aspek kandungan kurikulum, namun ketiga-tiganya mempunyai matlamat yang sama iaitu melahirkan modal insan yang huffaz berintelek tinggi yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran serta mampu menguasai multibahasa dan multidisplin.

Kehidupan menjadi pelajar Tahfiz Model Ulul Albab ini tidak mudah seperti yang kita sangkakan. Sangat mencabar kerana pelajar perlu bijak merancang membahagikan masa dengan pembelajaran akademik yang sedia ada berat seperti dalam bidang Sains Tulin ditambah pula dengan program aliran agama.

Jika anda mampu, boleh masukkan dalam wish list sekolah impian.

Sumber: Blog Cikgu Stailo

Artikel Menarik:

Ustazah Fadilah Lee kongsi sembilan tip menghafaz Tahfiz Model Ulul Albab

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga

Jadikanlah kisah Lysiana contoh... demi ilmu seawal Tahun Satu sudah tinggal di asrama