Selain pandemik Covid-19, 2021 turut diuji dengan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP). Bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun, peringkat ini adalah fasa untuk mengenal kemahiran asas persediaan ke Tahun 1 sekolah rendah.

Ketika ini, anak-anak akan disajikan dengan kemahiran asas membaca, mengira, menulis dan menakul.

Bagi mengelakkan anak-anak ini terus tercicir, kesedaran amat penting untuk anak-anak ini menguasai kemahiran asas tersebut. Beberapa usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa, tidak perlu mengadap mereka dan ajar secara serius, cukup sekadar selitkan pembelajaran asas tersebut dalam rutin harian.

Untuk memudahkan ibu bapa membantu anak-anak memahami kemahiran asas membaca, mengira, menulis dan menakul, Guru Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, Sepang, Cikgu Nor Anis Idayu Abdullah berkongsi tip mudah yang boleh dilakukan di rumah.

Kemahiran asas mengira, contohnya  anak makan makaroni. Ajar mereka makan satu persatu. sambil kira nombor satu sehingga 10, dalam bahasa Melayu juga Inggeris.

Gambar : Lina Kivaka dari Pexels

Ia secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam kemahiran asas mengira.

Ketika menuruni tangga, ajak anak-anak mengira anak tangga secara menaik dan juga menurun pun boleh. Mudahkan...

Manakala kemahiran asas membaca, contohnya ajak anak-anak menyanyikan lagu ABC ketika di atas kereta, ruang tamu atau di dalam bilik. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka menghafal ABC menerusi nyanyian.  Bila sudah menghafal, boleh kaitkannya pula dengan abjad yang dinyanyikan.

Untuk kemahiran asas menulis, ramai dalam kalangan ibu bapa beranggapan memegang pensel itu adalah kemahiran asas untuk menulis. Sebenarnya ia SALAH ya. Asas menulis adalah proses anak-anak perlu menguatkan motor halus, dan koordinasi mata tangan, itu yang paling penting.

Contoh:

  • Mengoyak kertas /menggumpal. Jika anak-anak suka koyak kertas, tolong jangan marah mereka. Sebaliknya galakkan mereka, beri surat khabar, majalah lama untuk mereka koyakkan. Ia adalah salah satu aktiviti yang menghubungkan mata dan tangan. Mereka lebih fokus terhadap sesuatu benda,  ianya akan membantu menguatkan jari mereka untuk memegang pensel dan bermain doh.
  • Ibu bapa juga boleh google cara membuat doh yang selamat untuk anak-anak bermain. Bentukkan pelbagai bentuk doh mengikut imaginasi mereka.. Kita menggalakkan mereka untuk berkarya. Ianya sangat seronok, secara tidak langsung anak membuka minda untuk berfikir. Menguatkan motor halus, benda yang mudah tetapi kesannya terbaik untuk mereka.
  • Asas menulis menggunakan titik-titik, sekarang ini di kedai RM2 pun banyak terjual buku-buku asas tulisan untuk anak-anak. Ibu bapa oleh beli dan minta mereka sambung kan titik-titik tersebut. Kemahiran ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran asas... Senang kan?

Justeru, saya merayu, jangan disebabkan pandemik Covid-19 ini anak-anak kita tertinggal dan tidak dapat menguasai kemahiran asas yang mereka sepatutnya dapat daripada aktiviti harian mereka. Elakkan menjadi ibu bapa yang terlalu berlembut hati, sepanjang masa memberikan telefon sebagai pengganti diri untuk mereka.

Gambar: Katerina Holmes dari  Pexels

Bermain telefon sepanjang masa akan menyebabkan:

  • Mereka akan ketinggalan, akibat telefon yang menyeronokkan mereka..
  • Otot menjadi lemah, memegang pensel pun sukar, asyik tercicir sebab jari terlalu lembut.
  • Menyebabkan mereka lambat bercakap ekoran tiada penguasaan bahasa yang meluas, kerana asyik menonton kartun di telefon sahaja.
  • Menyebabkan anak-anak TERPAKSA pakai cermin mata seawal usia lima tahun, kerana silau asyik melihat skrin telefon.
  • Menyebabkan mereka berada dalam dunia mereka sendiri, jika dibiarkan, ia salah satu punca autisme di negara kita meningkat.
  • Menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran, dan kesan jangka panjang mereka tiada keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai.

Jadi, ayuh ibu bapa sekalian... Jadikan anak kita golongan yang berilmu dan berwibawa. Semoga dengan usaha kita ini akan dapat membantu anak-anak menguasai empat perkara asas tadi. Selain guru, ibu bapa juga boleh menjadi guru di rumah