Saat ini, tentunya calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan itu, tidak lama lagi.

Pelbagai topik subjek, mungkin sudah berjaya dikuasai oleh semua calon. Tinggal lagi, untuk mengulangkaji mata pelajaran yang tertentu sahaja.

Cikgu Samsuri Amin dari Sekolah Menengah Sains Labuan berkongsi beberapa topik-topik target SPM bagi subjek Sejarah.

“Saya berharap, semua calon dapat ulang kaji topik ini sebelum menjelangnya SPM,” katanya yang berpengalaman sebagai guru Sejarah lebih 18 tahun. 

Cikgu Samsuri

Jom kita lihat topik-topik tersebut:

(Tingkatan Empat KBSM )

1) Bab 1: Tamadun

- Topik tamadun antara topik yang kerap kali dikeluarkan dalam soalan SPM Kertas 2. Untuk topik ini pelajar hendaklah menguasai maksud, ciri-ciri tamadun, sebab tamadun muncul dilembah sungai dan sumbangan tamadun.

2) Bab 2: Ekonomi Tamadun India/Sresthin

- Topik ini antara yang menjadi tumpuan SPM 2020. Kebanyakan negeri/sekolah mengeluarkan soalan ini dalam peperiksaan percubaan SPM. Bagi topik ini pelajar mestilah menguasai pusat perdagangan Tamadun India, barang dagangan dan penubuhan Sresthin serta peranannya dalam Tamadun India.

3) Bab 3: Kerajaan Agraria

- Kerajaan awal Asia Tenggara terbahagi kepada dua bentuk iaitu Agraria dan Maritim. Kerajaan Maritim telah ditanya dalam SPM 2018  dan pada SPM kali ini topik yang akan dikeluarkan berkemungkinan ialah kerajaan Agraria. Bagi topik ini, pelajar hendaklah mengetahui ciri kegiatan masyarakat Agraria, lokasi, faktor perkembangan kerajaan Agraria dan saling kebergantungan dengan kerajaan Maritim.

4) Bab 4

- Jahiliah: SPM 2017

- Nabi Muhammad SAW: SPM 2018

- Penyebaran Islam di Makkah: SPMU 2019

Target SPM 2020: Jahiliah

Antara soalan: maksud; zaman kegelapan dan ciri masyarakat

Menurut Cikgu Samsuri, beliau akan membuat perkongsian bagi topik target Sejarah pada setiap hari, sepanjang sebulan sebelum SPM 2020 dijalankan.

Untuk lebih lanjut, calon-calon boleh layari channel Youtube Samsuri Amin / FB Page SamsuriAmin / Telegram Channel Santai Sejarah SPM untuk senarai tajuk target bagi subjek Sejarah.

Artikel menarik

Cikgu Nazmi jual koleksi kesayangan, beli hadiah perpisahan. ‘Moment’ terakhirnya buat ramai sebak..

Covid-19 bukan halangan dua pelajar Malaysia raih 'straight A's' dalam IGCSE