GURU subjek Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kenering, Hulu Perak, Cikgu Ahmad Safarman Dollah berkongsi tip penting untuk lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR.

Katanya, Kertas 2 terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bina Ayat, Ulasan dan Karangan.

"Semua calon diingatkan supaya mengulang kaji semua topik ini bermula daripada Tahun Lima lagi.

"Usaha awal, insya-Allah dapat skor Bahasa Melayu Kertas 2 nanti," katanya yang juga guru Penyelaras Tahun Enam.

**********

Tip lulus Bahasa Melayu Penulisan

1) Kuasai tiga topik asas

a) Bina Ayat

b) Ulasan

c) Karangan

Ketiga-tiga bahagian ini merupakan asas yang perlu diketahui dalam subjek Bahasa Melayu. Topik-topik ini iaitu Bina Ayat dan Ulasan adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan juga akan diguna pakai dalam asas membina karangan yang lain.

Jadi untuk sekurang-kurangnya lulus calon perlu menguasai asas dalam Bahasa Melayu mengikut formula yang telah diberikan oleh guru semasa tahun empat lagi.

2) Latih tubi Kertas 2 soalan aras pengetahuan (Bina Ayat, Ulasan dan Karangan pelbagai format)

Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 2 dan cuba jawab soalan-soalan aras pengetahuan (aras rendah). Soalan-soalan ini dapat mengukuhkan pemahaman konsep asas dalam menjawab kertas 2.

3) Fahami dan boleh bezakan antara formula Bina Ayat iaitu tema Bebas atau Cara-cara

Jawab soalan bertema bebas terlebih dahulu. Kebiasaan tema bebas ini merangkumi rangsangan gambar yang memfokuskan soalan tentang:

a) Situasi

b) Keadaan

c) Tentang

d) Aktiviti

 

Manakala soalan Bina Ayat yang kedua memfokuskan

a) Cara-cara

b) Langkah-langkah

c) Kaedah

 

4) Fahami dan boleh bezakan antara formula membina Ulasan iaitu tema Bebas atau Cara-cara

Jawab soalan bertema bebas terlebih dahulu. Kebiasaan tema bebas ini merangkumi rangsangan gambar yang memfokuskan soalan tentang:

a) Situasi

b) Keadaan

c) Tentang

d) Aktiviti

 

Manakala soalan Ulasan yang kedua memfokuskan

a) Cara-cara

b) Langkah-langkah

c) Kaedah

 

5) Hafal semua format ulasan yang memerlukan Penanda Wacana (Rujuk Formula ASSDAK)

a) Antaranya

b) Selain itu

c) Seterusnya

d) Di samping itu

e) Akhir Sekali

f) Kesimpulan

 

6) Kuasai teknik menjawab karangan berformat dan tidak berformat

Bahagian C iaitu mengarang adalah bahagian yang bakal membantu calon untuk memperoleh markah yang baik dengan syarat mestilah kuasai karangan berformat dan tidak berformat yang telah dipelajari di dalam kelas dari tahun empat dan lima.

Contoh karangan yang boleh diberi penekanan ialah karangan Cerita, Fakta, Surat Kiriman Rasmi, Surat Kiriman Tidak Rasmi, Syarahan, Laporan, Berita, Ucapan, Catatan, Dialog dan sebagainya.

Ingat formula, masukkan slogan, peribahasa, kata-kata indah untuk memancing markah pemeriksa.

 

7) Pastikan calon membaca dan memahami kehendak arahan soalan setiap kali menjawab untuk mengelakkan terpesong dan berlaku pengurangan markah.

Kesemua formula ini telah dipelajari semasa di tahun empat dan lima. Buatlah persediaan yang terbaik untuk berhadapan dengan tahun enam sekaligus menjawab soalan UPSR dengan lebih cemerlang. Tiada alasan lagi mengatakan tidak mampu untuk menjawab soalan. Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Semoga berjaya.

Tip Menarik:

Skor A Fizik SPM dengan sembilan tip mudah

Ini petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa peperiksaan Fizik, 27 November nanti

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

Tip beli baju sekolah anak.. khas untuk ibu bapa anak sulung tahun satu 2020