Ramai yang akan pulang ke kampung halaman bersama anak-anak memandangkan cuti sekolah bakal bermula esok. Apa kata, ibu bapa isi masa terluang dengan bermain lapan permainan ini, untuk elak mengantuk dan merangsang minat serta kemahiran anak dalam Matematik.

1. Main tambah-tambah no plate kenderaan kat depan. Ni sangat seronok. Apa sahaja nombor plate kenderaan kat depan, saya suruh anak tambah. Contohnya plate kereta depan = WVD 8569

8+5+6+9 = 28

- Anak lebih cekap dan pantas menambah dan mencongak.

2. Untuk lebih mencabar, suruh mereka darab dua nombor depan seterusnya tambah pula nombor berikutnya. Lagi mencabarkan..

8 x 5 + 6 + 9 = 55

- Anak cekap mendarab, menambah dan membuat operasi bercampur.

3. Hafalan sifir

Masa ni anak-anak tak boleh lari dah. Haha. Wajib baca. Mula dengan sifir dua kemudian makin menaik ikut aras mereka.

Dah siap mereka baca sifir, soal pula sifir secara rawak.

- Sifir adalah JANTUNG Matematik. Mantapkan hafalan sifir anak-anak!

4. Sebut masa (jam) dengan betul berdasarkan jam pada paparan kereta. Tukar pula dalam sistem 24jam.

Contohnya Jam 1425 = 2:25pm

- Sistem 12 jam dan sistem 24 jam merupakan salah satu topik popular yang sering keluar dalam peperiksaan. Inilah masa kita uji mereka.

5. Tambah semua angka jam. Contohnya waktu sekarang ialah 09:55

0 + 9 + 5 + 5 = 19

6. Untuk lebih mencabar, darablah dua nombor hadapan atau dua nombor di belakang dan selebihnya tambah.

0 + 9 + 5 x 5 = 34

- Aturan operasi secara terbalik/rawak begini penting untuk mengukuhkan anak-anak operasi mana yang perlu didahulukan. Dalam soalan ini, wajib jawab soalan darab terlebih dahulu.

7. Tambah semua nombor di frekuensi radio. Ni pun best. Sebab ada berpuluh-puluh channel radio yang punyai frekuensi berbeza.

- Mantapkan operasi asas anak-anak dan asuh mereka mengira dengan pantas!

Darab setiap angka frekuensi radio. Abaikan titik perpuluhan.

Contohnya 9.29 = 9 x 2 x 9 = 162

Jika nombor frekuensi terlalu besar untuk di darab semuanya, darab sahaja dua nombor di depan kemudian tambah atau tolak nombor berikutnya.

Contohnya 9.85 = 9 x 8 - 5 = 67

8. Bundarkan nombor plate kenderaan di depan kepada puluh, ratus atau ribu terdekat. Best!

Boleh juga bundarkan masa, bundarkan frekuensi radio dan sebagainya.

Antara operasi yang terlibat dalam 8 permainan ini ialah darab, tambah, hafalan sifir, operasi bergabung, keutamaan operasi dalam operasi bergabung, masa dan waktu, penolakan, congak, dan kepantasan menjawab. Banyak manfaat kan?

Cubalah ya!

TIP MENARIK:

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR

Latih tubi tajuk peratus bagi subjek Matematik UPSR - Dua markah untuk soalan ini

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

Calon UPSR hafal tajuk ini untuk skor subjek Sains - Disediakan contoh soalan untuk latihan (Siri 2)

Nak pandai Matematik? Cikgu Fadli kongsi empat video mengikut pecahan tajuk, dijamin faham (Siri 1)

Mudahnya nak skor A Matematik UPSR, Cikgu Fadli kongsi tiga video (Siri 2)