HARI ini mari kita ulangkaji topik Mikroorganisma untuk subjek Sains Tahun Enam pula ya. Jom menjawab dengan tenang.

Ibu bapa juga boleh pantau anak-anak ulangkaji topik ini.

Mari kita jawab soalan daripada Guru Sains SK Jengka Pusat 2, Pahang, Cikgu Mohamad Safuan Rozak ini.

Hanya mengambil masa beberapa minit dan boleh semak segera jawapan.

Klik di sini: https://forms.gle/P6iFqPcL37RJPKvu6

 

Nota ringkas (sumber Internet).

JENIS-JENIS MIKROORGANISMA

  1. BAKTERIA Bacillus Streptococus Escherichia Coli
  2. PROTOZOA Paramecium Ameoba
  3. VIRUS HIV Virus Influenza
  4. ALGA Fitoplankton Spirogyra
  5. KULAT/ FUNGI Yis Mukor Penicillium

PROSES HIDUP MIKROORGANISMA

  • Mikroorganisma bernafas
  • Mikroorganisma bergerak
  • Mikroorganisma bertumbuh

FAKTOR PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

  1. UDARA
  2. AIR
  3. NUTRIEN
  4. KEASIDAN YANG SESUAI
  5. SUHU YANG SESUAI

KESAN BURUK MIKROORGANISMA

Penyakit Berjangkit Pereputan Gigi Makanan Rosak Keracunan Makanan

KEGUNAAN MIKROORGANISMA

Pembuatan Makanan - Keju, Yogurt, Tempe, Tapai, Roti.

Penghasilan Antibiotik Dan Vaksin Penguraian Bahan Organik - Pereputan tinja ayam, lembu untuk menghasilkan baja. • Merawat sisa kumbahan.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT

• Cuci tangan sebelum makan

• Tidak berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain

• Kuarantin pesakit yang menghidap penyakit berjangkit

• Penyediaan makanan yang bersih

• Memasak/ menjerang air minuman.

Boleh juga subscribe di https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN

Tip lain:

Ingat dan hafal sembilan haiwan pupus bagi subjek Sains - Penting untuk calon UPSR hadam

Teknik Plat Kenderaan Cikgu bantu murid kenal nombor dalam Bahasa Arab

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam