DEBARAN peperiksaan UPSR bagi kertas 018/1 dan 018/2 semakin hampir ke kemuncaknya.

Seramai 445, 641 calon UPSR akan menduduki kertas Sains pada hari Rabu 11 September 2019. Suka dimaklumkan, Cikgu Zazolnizam Zakaria berkongsi satu set soalan ramalan bagi Sains 018/1 dan Sains 018/2 dalam dwibahasa sebagai latihan pecutan akhir buat murid-murid semua.

Jom muat turun di sini

1) Ramalan Kertas 1

2) Ramalan Kertas 2

3) Peraturan Pemarkahan

Di samping itu juga, disertakan nasihat-nasihat akhir kepada calon UPSR semasa berada di dalam dewan peperiksaan nanti.

1) Pastikan murid bersedia sepenuhnya sebelum mula menjawab soalan. Elakkan pergi ke tandas semasa peperiksaan berlangsung. Sentiasa mengutamakan penggunaan masa sebaik mungkin kerana tempoh menjawab yang begitu singkat.

2) Jawab Kertas 1 018/1 menggunakan lima langkah yang sistematik.

a - Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali.

b - Gariskan kata kunci /stem soalan.

c - Tentukan topik yang menjadi stem soalan.

d - Singkirkan jawapan yang salah.

e - Bulatkan jawapan yang betul dan pindahkan jawapan ke dalam borang OMR dengan tepat.

3) Tinggal dan bulatkan dahulu soalan yang sukar. Jangan buang masa, teruskan dengan soalan berikutnya. Jika ada masa, baru ulang semula soalan yang ditinggalkan tadi.

4) Bagi Kertas 2 018/2, fahami kehendak soalan. Harus diingat, Kertas 2 adalah gandingan soalan pengetahuan dan Kemahiran Proses Sains. Maka, murid perlu sedar akan kepentingan menguasai topik yang diuji dalam sub-soalan tersebut.

5) Ingat semula tip guru tentang menjawab soalan seperti tujuan penyiasatan, hipotesis, kesimpulan, meramal, pola dan lain-lain.

6) Kemungkinan murid pernah menjawab soalan yang mirip soalan yang diberikan, jangan mudah terlalu yakin. Kemungkinan soalan sama daripada segi gambar atau jadual tetapi berbeza pula daripada stem/sub-soalan yang dikemukakan. Pendek kata, sentiasa peka kepada arahan soalan semasa.

7) Beri perhatian kepada kata tugas kepada calon seperti nyatakan, berikan ciri, berikan contoh, berikan sebab, lakarkan, tandakan (√), cipta dan lain-lain lagi.

8) Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, sasarkan betul 35 soalan untuk Kertas 1 dan 35 soalan juga untuk Kertas 2. Sebaiknya, Kertas 1 perlulah dikuasai dengan lebih baik kerana Kertas 1 sangat membantu murid untuk mencapai sasaran cemerlang.

Selamat maju jaya kepada semua calon UPSR 2019 ikhlas daripada Cikgu Zazol. Perkongsian sepanjang tahun 2019 dihalalkan dan diharap dapat membantu murid-murid, guru-guru dan ibu bapa membimbing calon UPSR 2019 hingga ke puncak jaya. Amin.

Sumber: Terima Kasih Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam (SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang)

Tip Penting:

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Nota mudah Paksi Simetri...calon UPSR boleh cuba hafal, mana tahu keluar soalan begini Selasa ini

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan