KAUNSELOR Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Besut (Sekolah Berprestasi Tinggi), Cr Mohd Fakrul Rizal Mohamed Din berkongsi tentang apa yang perlu dilakukan oleh calon di saat-saat akhir sebelum bermulanya SPM.

Menurut beliau, ada beberapa tip yang perlu diikuti calon jika mereka mahu menempa kejayaan dan keputusan yang luar biasa dalam SPM nanti.

1) Tip belajar

a) Mengulang kaji nota-nota ringkas yang telah di buat sebelum daripada ini. Buku rujukan yang tebal sudah tidak sesuai untuk dibaca di saat-saat akhir kerana ia boleh mengganggu emosi dan menghilangkan fokus calon untuk belajar .

b) Memperbanyakkan latih tubi dan ulangan soalan-soalan lepas. Calon mestilah menguasai teknik menjawab soalan yang terkini supaya tidak tersasar daripada kehendak soalan.

c) Menggunakan teknik belajar berasaskan NLP yang terbukti sangat berkesan membantu pelajar untuk berjaya. Calon boleh memaksimakan teknik pembelajaran berasaskan NeuroLinguistic Programming (NLP) dengan memperkasakan Visual, Auditary, Kinaesthetic dan Digital calon dengan menggunakan teknologi yang mesra pengguna seperti telefon bimbit

2) Tip pemakanan

a) Untuk calon yang beragama Islam pastikan makanan yang diambil adalah halal dan baik (halalan toyyiba) manakala untuk calon non Muslim, pastikan makanan yang diambil adalah makanan yang berkhasiat.

b) Makanan hendaklah di ambil mengikut aturan waktu makan yang betul.

c) Perbanyakan meminum air kerana air berfungsi untuk mengawal suhu badan, membantu penyerapan nutrien, melembabkan oksigen untuk pernafasan dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada tubuh. Kajian menunjukkan 75 peratus dalam badan manusia adalah terdiri daripada air. Selain itu, makanan sunnah seperti madu, susu, kurma,kismis dan lain-lain juga adalah digalakkan.

3) Tip pembahagian masa

Memastikan aulawiyyat (keutamaan) setiap perkara. Senaraikan urusan yang berasaskan item  Penting Segera, Penting Tidak Segera, Tidak Penting Segera dan Tidak Penting Tidak Segera.

Utamakan yang lebih utama dan elakkan pembaziran masa. Pastikan percakapan dan perbualan dengan rakan-rakan atau orang sekeliling dalam tempuh waktu ini juga adalah menggunakan terma-terma yang bersifat akademik. Ia adalah teknik ulang kaji secara tidak langsung dan memaksimakan penggunaan masa calon.  

4) Tip pengurusan emosi

Jauhi rakan-rakan yang negatif, bercakap hal-hal yang positif, reward diri jika berjaya menyelesaikan tugasan untuk meningkatkan self esteem, elak over confident, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti serta amalkan riadah ringkas.

Sebelum tidur, sentiasa maafkan semua orang. Banyakkan zikrullah. Pastikan segala kelengkapan dan dokumen-dokumen peperiksaan ada dan mencukupi untuk mengelakkan gangguan emosi ketika waktu peperiksaan nanti.

5) Tip pengurusan kerohanian

a) Perbanyakan membaca al-Quran dan mentadabbur maknanya kerana al-Quran mampu menghapuskan RUST (karat) yang ada di dalam hati. RUST itu adalah perasaan Riyak, Ujub, Sumaah, Takabbur. Paling tidak perbanyakan membaca surah Al-Fatihah dan sedekahkan bacaan tersebut kepada diri sendiri,  tujuannya adalah untuk menguatkan roh.

b) Mengerjakan solat –solat sunat sama ada solat Dhuha, solat hajat, tahajud dan lain-lain demi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Insya-Allah apabila rohani kita kuat, fizikal kita akan menjadi umpama magnet yang akan menarik kejayaan demi kejayaan di dalam hidup kita.

Kejayaan gemilang

Seramai 100 calon SPM Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.  

Sebanyak 11 subjek telah diambil iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al Quran dan As sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Cr Mohd Fakrul Rizal yang juga Presiden Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (Impak Malaysia) berkata, pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan sekolah, dalam memastikan pelajar berjaya dengan cemerlang.

Antaranya, pelancaran Projek Kecemerlangan SPM pada awal tahun, kelas tambahan secara intensif, kem pemerkasaan subjek dan teknik menjawab soalan berdasarkan subjek.

Sekolah juga turut mengadakan kem kecemerlangan akademik secara kolaboratif dengan sekolah-sekolah terpilih di daerah Besut, program-program motivasi kecemerlangan secara berkala, kem pecutan akhir dan yang terbaru Majlis Restu Ilmu untuk calon SPM melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru.

"Semoga Allah memberi kejayaan yang gilang gemilang kepada semua calon SPM. Serta diberi ketenangan dan kesihatan yang baik sepanjang menduduki peperiksaan ini nanti," katanya.

ARTIKEL MENARIK:

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri..idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

'Sporting' betul cikgu SK Nong Chik ni.. seronoklah murid tengok cikgu mereka dah bertukar karakter

Perjanjian keturunan Aki dengan tajau temui noktah..bahagian akhir tajau buat Ustaz Malik sebak