SUBJEK Matematik makin menjadi trauma dan kebencian pada murid-murid sekolah rendah.

Kenapa ye? Hasil daripada kajian saya sepanjang berceramah seluruh negara didapati murid-murid;

1. Tidak menghafal sifir

2. Defisit pembelajaran

3. Asas tidak kukuh

4. Lemah mengira

5. Tiada minat

Bagaimana cara nak selesaikan?

1. Tidak menghafal sifir - Paksa diri

Saya berminat untuk berkongsi kaedah yang sangat berkesan untuk menghafal sifir iaitu secara BERFOKUS.

Kaedahnya adalah menghafal 1 sifir dalam tempoh masa 1 minggu berulang kali. Abaikan sifir lain dalam tempoh tersebut.

Minggu berikutnya barulah hafal 1 sifir yang lain pula dalam 1 minggu juga.

2. Defisit pembelajaran - Ulang kaji berkala

Buat ulang kaji semula topik-topik yang masih lemah secara berkala termasuk membuka semula buku teks dan buku latihan Tahun Satu - Tiga.

Lihat juga istilah-istilah yang penting seperti suku.

3. Asas tidak kukuh - Latihan fakta asas

Buat latihan-latihan empat asas utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Banyakkan latihan menjawab soalan-soalan fakta asas dan hafal perkara-perkara asas di dalam Matematik seperti penukaran unit (contoh; 1 km = 1000m).

4. Lemah mengira - Apa yang perlu anda buat?    

Kerap kali membuat latihan mengira dan asas utama iaitu nombor pasangan 10

(Contoh; 9 dengan 1). Gunakan kaedah mudah mengira bagi operasi tolak dan bahagi khususnya.

Elakkan menggunakan kaedah yang lambat supaya dapat menjawab dalam tempoh masa 1 jam yang diperuntukkan dalam UPSR.

5. Tiada minat - Kenapa tak minat Matematik???

Sebab utamanya adalah tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan. Kenapa?? Sebab asasnya adalah tidak menghafal sifir dan lemah asas Matematik. Masih boleh diatasi dengan cara buat latihan asas soalan-soalan 1 markah di dalam buku-buku latihan.

Tips akhir!!!

Fokus pada kemahiran penukaran unit kerana setiap tahun banyak soalan yang berkaitan akan disoal.

- Cikgu Shahril Othman, SK Beruas

(Penceramah Matematik Seluruh Malaysia)

Guru-guru yang ingin berkongsi tip belajar; tip skor A UPSR, PT3, SPM; kaedah ulang kaji saat akhir dan sebagainya, boleh die-melkan kepada [email protected]

TIP MENARIK:

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR

Tip Skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Cikgu ini yakinkan pelajarnya yang subjek Matematik sangat mudah dan ini yang beliau buat...

UPSR makin hampir, sudah bersedia untuk menjadi pelajar cemerlang?

Nak elak mudah lupa dan tak faham sesuatu topik - Ini tujuh tip yang patut anda tahu