Selalunya bila tiba musim peperiksaan, pasti ramai ibu-bapa mula terfikir adakah anaknya sudah bersedia… Mampukah mereka  melonjakkan B atau C menjadi A?

Guru Tahun Enam yang mengajar subjek Bahasa Melayu, di Sekolah Kebangsaaan Taman Sutera, Johor Bahru, ini ada tipnya.

Mari kita ikut perkongsian Cikgu Aidil Sahipaludin ini…

Beberapa perkara ini boleh dijadikan panduan berdasarkan pengalaman mengajar Tahun 6.

1. Jika anak masih dapat B, anak sebenarnya boleh buat pecutan akhir untuk pergi A. Letak mindset anak boleh.

2. Jika ada guru tuisyen/tutor datang rumah maklumkan untuk kenal pasti masalah anak melalui kertas peperiksaan. Lebih baik guru tersebut jika datang ke rumah untuk ajar terus, bukan menunggu anak kita buat latihan. Namun pada musim PKPB ni, boleh aturkan kelas online untuk anak-anak.

3. Sekarang perlu buat latihan format UPSR untuk melihat corak soalan yang biasa keluar.

4. Tiada gadjet/telefon/permainan video lagi. Masa yang suntuk ini pasti semua cikgu beri latihan, jangan tidak siap.

5. Susun buku-buku yang boleh menjadi rujukan. Buku/bahan fotostat yang berterabur akan buat anak-anak tidak tahu mana hendak fokus.

6. Kesihatan sangat penting. Pandai macam mana pun jika tidak sihat masa peperiksaan, tidak membantu anak-anak.

7. Santuni guru-guru. Galakkan anak-anak berjumpa guru yang mengajar secara peribadi untuk tahu apa kelemahan dan apa yang perlu dilakukan untuk baiki keputusan. Pada musim PKPB ni, anak-anak boleh Whatsapp guru untuk bertanya lanjut tentang pelajaran.

8. Redakan anak, tanamkan kata-kata baik setiap masa sehingga anak-anak sedar dan percaya, ibu dan bapa berharap kepadanya untuk lakukan perubahan pada saat akhir.

9. Fokuskan mana nak dapat A, usaha kena luar biasa terhadap subjek tersebut supaya tidak jadi apa yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Saya ada pengalaman anak murid sepatutnya dapat A tetapi tak dapat kerana hujung-hujung seperti ini rasa sudah yakin tidak langsung buat latihan dan ambil mudah kerja diberikan kepadanya.

10. Doa, doa, doa tanpa sedetik tak percaya, tiada mustahil walaupun C boleh meningkat A. Saya ada pengalaman ajar murid dapat begitu, pasti doa ibu bapanya buat dia dapat A. Anak kita adalah apa kita percaya.

Semoga bermanfaat.

Cikgu Aidil Sahipaludin,

Kaunselor dan Guru BM anak-anak Tahun 6 SK Taman Sutera.

ARTIKEL MENARIK:

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

'Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan' - Ibu kongsi cara berkesan didik anak skor 'exam"

Cgu Jinggo kongsi tip belajar saat akhir - Untuk budak kelas hujung