Menghitung hari menjelang UPSR, pasti ramai ibu-bapa mula terfikir adakah anaknya sudah bersedia… Mampukah mereka  melonjakkan B atau C menjadi A?

Guru tahun enam yang mengajar subjek Bahasa Melayu, di Sekolah Kebangsaaan Taman Sutera, Johor Bahru, ini ada butirannya.

Mari kita ikut perkongsian Cikgu Aidil Sahipaludin

Buat para ibu bapa, mudahan berbaki tidak sampai 52 hari lagi sebelum bermula UPSR pada 4 Sept 2019 ( Tak termasuk lagi cuti seminggu bulan 8 ) Mudahan anak-anak tidak tertekan tetapi semakin kuat berusaha.

Beberapa perkara ini boleh dijadikan panduan berdasarkan pengalaman mengajar Tahun 6.

1. Jika anak masih dapat B, anak sebenarnya boleh buat pecutan akhir untuk pergi A. Letak mindset anak boleh.

2. Jika ada guru tuisyen/tutor datang rumah maklumkan untuk kenal pasti masalah anak melalui kertas peperiksaan. Lebih baik guru tersebut jika datang ke rumah untuk ajar terus, bukan menunggu anak kita buat latihan.

3. Sekarang perlu buat latihan format UPSR untuk melihat corak soalan yang biasa keluar.

4. Tiada gadjet/telefon/permainan video lagi. Masa yang suntuk ini pasti semua cikgu beri latihan, jangan tidak siap.

5. Susun buku-buku yang boleh menjadi rujukan. Buku/bahan fotostat yang berterabur akan buat anak-anak tidak tahu mana hendak fokus.

6. Kesihatan sangat penting. Pandai macam mana pun jika tidak sihat masa peperiksaan, tidak membantu anak-anak.

7. Santuni guru-guru. Galakkan anak-anak berjumpalah guru yang mengajar secara peribadi untuk tahu apa kelemahan dan apa yang perlu dilakukan untuk baiki keputusan.

8. Redakan anak, tanamkan kata-kata baik setiap masa sehingga anak-anak sedar dan percaya, orang tuanya berharap kepadanya untuk lakukan perubahan saat akhir.

9. Fokuskan mana nak dapat A, usaha kena luar biasa terhadap subjek tersebut supaya tidak jadi apa yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Saya ada pengalaman anak murid sepatutnya dapat A tetapi tak dapat kerana hujung-hujung seperti ini rasa sudah yakin tidak langsung buat latihan dan ambil mudah kerja diberikan kepadanya.

10. Doa, doa, doa tanpa sedetik tak percaya, tiada mustahil walaupun C boleh meningkat A. Saya ada pengalaman ajar murid dapat begitu, pasti doa ibu bapanya buat dia dapat A. Anak kita adalah apa kita percaya.

Semoga bermanfaat.

Cikgu Aidil Sahipaludin,

Kaunselor dan Guru BM anak-anak Tahun 6 SK Taman Sutera.

ARTIKEL MENARIK:

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

'Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan' - Ibu kongsi cara berkesan didik anak skor 'exam"

Cgu Jinggo kongsi tip belajar saat akhir - Untuk budak kelas hujung