"Masih sempatkah lagi untuk perbaiki markah? Asyik dapat E sahaja, teringin juga nak dapat A"

Janganlah terlalu risau dengan UPSR yang semakin hampir. Bagi calon UPSR yang sering dapat E sebelum ini perlu tekad dan tanamkan azam. UPSR nanti anda pasti boleh berjaya macam pelajar lain. Syaratnya, anda jangan  berhenti berusaha, berdoa, dan tawakal. Paling penting dapatkan juga reda mak ayah serta guru.

Paling tidakpun, calon semua boleh semak sembilan tip dari Guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad ini, manalah tahu boleh bagi semangat untuk bangkit kembali untuk berjaya.

1. Cari guru yang benar-benar boleh bantu. Jangan tangkap muat sahaja. Sebolehnya, belajar dalam kumpulan kecil. One to one lagi bagus.

Mahal, tapi kualitinya bagus. Apa ada hal?

2. Fokus pada operasi asas.

3. Kuasai 4P.

  • Pecahan, perpuluhan, peratus dan penukaran unit.
  • Bila gagal, rata-rata murid kantoi kemahiran yang ini.
  • Kemahiran ini adalah kemahiran wajib dalam subjek Matematik. Mesti akan disoal!

4. Format UPSR.

Rata-rata murid yang gagal ni, kalau bukan bermasalah pada 4P dan operasi asas, dia tak biasa dengan format UPSR. Jadi, banyakkan drilling soalan format sebenar.

5. Pilih tajuk yang mudah.

Jadilah murid yang bijak dengan memilih tajuk yang mudah. Pilih lah tajuk yang mereka yakin boleh dapat markah penuh. Kemudian baru selesaikan soalan KBAT. Paling-paling, 20 markah dalam tangan bagi kertas 2. Cumanya, drilling memilih soalan ni pun perlu. Setakat cakap guna mulut, memang tak jalan.

6. Pilih bengkel teknik menjawab yang sesuai.

Tak semua bengkel teknik menjawab ni membantu. Ada sekolah yang aku pergi, tambah tolak pecahan pun tak tahu. Macam mana nak bagi teknik yang pelbagai tu? Terus aku berfokus pada operasi asas melibatkan pecahan. Paling kurang, ada ilmu baru yang mereka dapat. Tak banyak, asalkan ada.

7. Persediaan sebelum UPSR

  • Calon UPSR perlu tahu tarikh ujian yang sebenar. Baru mereka alert dengan keadaan.
  • Pastikan juga alat tulis mereka lengkap.
  • Hangin betul aku dengan murid yang datang nak belajar tapi tak ada alat tulis.
  • Bagi subjek lain, mungkin pembaris tu tak penting. Tapi ia sangat penting bagi subjek Matematik.
  • Nak melukis dan membina, wajib gunakan pembaris!

8. Jangan mengalah

  • Bukan sahaja murid-murid, tapi buat para ibu bapa juga.
  • Jangan sesekali mengalah sebelum berusaha.
  • Kita mengalah, tandanya kita kalah dan lemah.
  • Selagi ada masa, maknanya selagi itulah adanya ruang untuk kita perbaiki mana yang kurang.

9. Follow aku dan set see first.

Hat ni paling penting. Aku banyak dah hadap murid gagal dalam Matematik ni. Jadi, dari masa ke semasa aku akan kongsikan teknik dan kaedah yang aku guna. Hat yang pandai tak perlu dah cari aku. Biar tak pandai, tapi nak belajar. Pasti akan dapat.

Artikel Menarik:

Cikgu Shahril kongsi 17 teknik jawab soalan Matematik UPSR melalui pemahaman gambar rajah

Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Ustaz Amiro kongsi pesanan dan doa buat calon UPSR

12 muka surat nota ringkas Matematik UPSR Cikgu Nana