"MASIH sempatkah lagi untuk perbaiki markah? Asyik dapat E sahaja, teringin juga nak dapat A"

Ini antara keluhan murid-murid Tahun Enam berkenaan subjek Matematik masing-masing.

Kerana itu, Guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad tampil berkongsi sembilan tip untuk mak ayah bantu anak-anak skor mata pelajaran Matematik.

Ikuti perkongsian beliau.

1) Cari guru yang benar-benar boleh bantu. Jangan tangkap muat sahaja. Sebolehnya, belajar dalam kumpulan kecil. One to one lagi bagus.

Mahal, tapi kualitinya bagus.

2) Fokus pada operasi asas.

3) Kuasai 4P.

  • Pecahan, perpuluhan, peratus dan penukaran unit.
  • Bila gagal, rata-rata murid kantoi kemahiran yang ini.
  • Kemahiran ini adalah kemahiran wajib dalam subjek Matematik. Mesti akan disoal!

4) Format UPSR.

Rata-rata murid yang gagal ni, kalau bukan bermasalah pada 4P dan operasi asas, dia tak biasa dengan format UPSR. Jadi, banyakkan drilling soalan format sebenar.

5) Pilih tajuk yang mudah.

Jadilah murid yang bijak dengan memilih tajuk yang mudah. Pilih lah tajuk yang mereka yakin boleh dapat markah penuh. Kemudian baru selesaikan soalan KBAT. Paling-paling, 20 markah dalam tangan bagi kertas 2. Cumanya, drilling memilih soalan ni pun perlu. Setakat cakap guna mulut, memang tak jalan.

6) Pilih bengkel teknik menjawab yang sesuai.

Tak semua bengkel teknik menjawab ni membantu. Ada sekolah yang aku pergi, tambah tolak pecahan pun tak tahu. Macam mana nak bagi teknik yang pelbagai tu? Terus aku berfokus pada operasi asas melibatkan pecahan. Paling kurang, ada ilmu baru yang mereka dapat. Tak banyak, asalkan ada.

7) Persediaan sebelum UPSR.

  • Calon UPSR perlu tahu tarikh ujian yang sebenar. Baru mereka alert dengan keadaan.
  • Pastikan juga alat tulis mereka lengkap.
  • Hangin betul aku dengan murid yang datang nak belajar tapi tak ada alat tulis.
  • Bagi subjek lain, mungkin pembaris tu tak penting. Tapi ia sangat penting bagi subjek Matematik.
  • Nak melukis dan membina, wajib gunakan pembaris!

8) Jangan mengalah.

  • Bukan sahaja murid-murid, tapi buat para ibu bapa juga.
  • Jangan sesekali mengalah sebelum berusaha.
  • Kita mengalah, tandanya kita kalah dan lemah.
  • Selagi ada masa, maknanya selagi itulah adanya ruang untuk kita perbaiki mana yang kurang.

9) Follow dan set see first.

Yang ni paling penting. Cikgu banyak dah hadap murid gagal dalam Matematik ni. Jadi, dari masa ke semasa cikgu akan kongsikan teknik dan kaedah yang cikgu guna. Semoga berjaya.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel Menarik:

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

Guru ini sanggup menyumbang sejumlah wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar yang rata-rata miskin

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Cara ustaz ini ajar Pendidikan Islam buat pelajar benar-benar faham konsep aurat