"MASIH sempatkah lagi untuk perbaiki markah? Asyik dapat E sahaja, teringin juga nak dapat A"

Ini antara keluhan sebahagian murid berkenaan subjek Matematik masing-masing.

Oleh kerana itu, Guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad tampil berkongsi sembilan tip untuk mak ayah bantu anak-anak skor mata pelajaran Matematik.

Ini perkongsian beliau.

1) Cari guru yang benar-benar boleh bantu. Jangan tangkap muat sahaja. Sebolehnya, belajar dalam kumpulan kecil. One to one lagi bagus.

Mahal, tapi kualitinya bagus.

2)Fokus pada operasi asas.

3) Kuasai 4P

•    Pecahan, perpuluhan, peratus dan penukaran unit.

•    Bila gagal, rata-rata murid ‘kantoi’ kemahiran yang ini.

•    Kemahiran ini adalah kemahiran wajib dalam subjek Matematik. Mesti akan disoal!

4) Format UPSR

Rata-rata murid yang gagali, kalau bukan bermasalah pada 4P dan operasi asas, dia tak biasa dengan format UPSR. Jadi banyakkan drilling soalan format sebenar.

5) Pilih tajuk yang mudah

Jadilah murid yang bijak dengan memilih tajuk yang mudah. Pilih tajuk yang mereka yakin boleh dapat markah penuh. Kemudian baru selesaikan soalan KBAT.

Paling-paling, 20 markah dalam tangan bagi kertas 2. Cumanya, drilling memilih soalan ni pun perlu. Setakat cakap guna mulut, memang tak jalan.

6) Pilih bengkel teknik menjawab yang sesuai

Tak semua bengkel teknik menjawab membantu. Ada sekolah yang aku pergi, tambah tolak pecahan pun tak tahu. Macam mana nak bagi teknik yang pelbagai tu? Terus aku berfokus pada operasi asas melibatkan pecahan. Paling kurang, ada ilmu baru yang mereka dapat. Tak banyak, asalkan ada.

7) Persediaan sebelum peperiksaan

•    Murid perlu tahu tarikh ujian yang sebenar. Baru mereka ambil tahu dengan keadaan.

•    Pastikan juga alat tulis mereka lengkap.

•    Angin betul aku dengan murid yang datang nak belajar tapi tak ada alat tulis.

•    Bagi subjek lain, mungkin pembaris tu tak penting. Tapi ia sangat penting bagi subjek Matematik.

•    Nak melukis dan membina, wajib gunakan pembaris!

8) Jangan mengalah

•    Bukan sahaja murid-murid, tapi buat para ibu dan bapa juga.

•    Jangan sesekali mengalah sebelum berusaha.

•    Kita mengalah, tandanya kita kalah dan lemah.

•    Selagi ada masa, maknanya selagi itulah adanya ruang untuk kita perbaiki mana yang kurang.

9) Follow dan set see first

Yang ni paling penting. Cikgu banyak dah hadap murid gagal dalam Matematik ni. Jadi, dari masa ke semasa cikgu akan kongsikan teknik dan kaedah yang cikgu guna. Semoga berjaya.