Ramai mengakui, subjek Matematik merupakan mata pelajaran yang sangat tidak disukai oleh sebahagian besar pelajar. Sama ada murid sekolah rendah mahupun pelajar sekolah menengah.

Mempelajari teknik mengira, merumus, mengganda, darab, tolak, peratus, bahagi dan sebagainya, membuatkan mata pelajaran penting ini sering diabaikan oleh sesetengah pelajar. Padahal subjek Matematik ini sebenarnya sangat mudah dan menyeronokkan, jika kita faham kaedah dan formula menyelesaikannya.

Antara tip mudah belajar yang boleh anda buat adalah: 

1.Fokus dalam kelas

Jangan leka dan fokus dengan apa yang cikgu ajar  dalam kelas. Ia membantu anda agar tidak mengulangkaji pelajaran saat akhir ketika peperiksaan menjelang tiba. Misalnya tidur lewat kerana ulangkaji, hanya untuk menjawab kertas peperiksaan keesokan paginya. Tindakan ini hanya akan menyebabkan anda mengantuk, letih, dan tertekan.

2.Fahami soalan dan kaedah menyelesaikannya

Penting bagi seorang pelajar untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru. Bertenang, elakkan tekanan dan cuba baca dengan betul soalan yang dinyatakan. Kemudian… lapangkan fikiran dan fikir, sesukar manapun soalan, anda pasti akan dapat menjawabnya, sekiranya anda faham kaedah untuk menyelesaikannya.

3.Latihan berkumpulan

Latihan berkumpulan membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik. Selain dapat bertukar pandangan dan formula, anda juga dapat melatih pemikiran anda untuk fokus terhadap persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan anda dalam pembelajaran.

INGAT! Cuba kreatifkan gaya belajar anda… belajar bersama secara berkumpulan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi lebih seronok dan fokus ketika belajar.

4.Banyakkan membuat latihan

Ingat kembali apakah rumusan yang diajar oleh guru ketika berada di dalam kelas. Setiap soalan itu bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan menjawab soalan sebelum hari peperiksaan. Jika anda musykil dengan soalan yang diberi, bertemulah cikgu anda untuk dapatkan kaedah bagaimana untuk selesaikannya. Tindakan ini membantu anda menghafal dan sudah terbiasa dengan soalan yang bakal anda jawab pada hari peperiksaan besar nanti.

5.Jangan berat mulut dan malu

Janganlah berat mulut dan malu bertanya. Sedangkan banyak bertanya itu, akan dapat membantu anda menjadi lebih cekap menjawab soalan.

Misalnya, pada waktu rehat atau selepas sekolah, anda boleh bertemu dengan guru Matematik di bilik guru. Nyatakan persoalan jika anda masih lagi keliru dengan formula yang ditunjukkan di dalam kelas. Selepas itu lakukan ulangkaji dan cubalah untuk ingat apa sahaja yang diajar oleh guru kepada anda.

Selamat berjaya semua.

ARTIKEL MENARIK:

Guru pakar Sains, Cikgu Zazolnizam kongsi tip mudah lulus Sains (MULUS) UPSR

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

'Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan' - Ibu kongsi cara berkesan didik anak skor 'exam"

Cgu Jinggo kongsi tip belajar saat akhir - Untuk budak kelas hujung

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir