Perkongsian ini lebih kepada panduan menjawab soalan Sejarah kertas satu, dua dan huraiannya. Semoga panduan-panduan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Malaysia ( SPM ) menjawab kertas Sejarah dengan baik.
Kertas 1
- Jawab ke semua 40 soalan.
- Baca soalan sebanyak tiga kali.
- Bacaan pertama adalah bertujuan memahami soalan.
- Bacaan kedua bagi mendapatkan jawapan.
- Bacaan ketiga bertujuan mengesahkan jawapan.
- Kuasai dan fahami keseluruhan sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5.
- Fahmai istilah-istilah dan konsep penting yang terdapat dalam buku teks Sejarah.
- Kuasai semua fakta, huraian fakta berserta contoh bagi setiap bab.
- Jawab soalan yang mudah diikuti soalan yang sukar.
- Peruntukan masa untuk menjawab satu soalan objektif ialah 1 minit 20 saat.
Kertas 2
- Mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A (sturktur) dan Bahagian B (esei).
- Jumlah masa yang diperuntukkan bagi Kertas dua ialah 2 jam 30 minit.
- Bahagian A (40 markah): Wajib menjawab semua soalan.
- Baca dan fahami kehendak soalan.
- Pastikan setiap jawapan adalah ringkas, padat dan tepat serta ayat tidak tergantung supaya mudah difahami pemeriksa.
- Bagi soalan KBAT, jawapan perlu dipersembahkan dalam bentuk esei ringkas yang terdiri daripada:
- Fakta
- Huraian
- Huraian lanjutan
- Contoh / Inferens
Kenal pasti kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan.
Bahagian B (60 markah):
- Pilih dan jawab tiga soalan sahaja daripada 7 soalan.
- Elakkan menjawab semua soalan di Bahagian B, bagi mengelakkan masa menjawab tidak cukup.
- Jawapan untuk bahagian B adalah dalam bentuk esei lengkap.
- Perlu diingat, markah yang diperuntukkan ialah:
- 1 fakta ialah 1 markah
- 1 huraian 1 markah
- 1 contoh/inferens 1 markah
- Jawapan cemerlang perlu mengandungi fakta, huraian, huraian lanjutan, inferens dan penggunaan penanda wacana yang sesuai.
Kertas 3
- Jawapan mestilah dalam bentuk esei lengkap.
- Tulis nombor soalan dan markah untuk memudahkan pemeriksa.
- Elakkan menjawab jawapan dalam bentuk poin.
- Bawa semua bahan rujukan ke dalam dewan peperiksaan semasa hari peperiksaan.
-
Jawapan cemerlang perlu mengandungi fakta, huraian, huraian lanjutan, inferens dan penggunaan penanda wacana yang sesuai.
Buat latih tubi yang efisyen dan berkesan menggunakan buku-buku terbitan Bestari Karangkraf dengan harga yang berpatutan. Klik pautan ini untuk nikmati penjimatan yang luar biasa: https://www.karangkrafmall.com/akademik