Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja iaitu apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahu pun zaman dahulu.

Soalan berkaitan bahasa istana ini kebiasaannya ada dalam soalan objektif dan subjektif Bahasa Melayu Kertas 1.

“Saya sangat suka mengajar bahasa istana. Pertamanya kerana perkataan baru dan pelik yang jarang didengar oleh murid-murid dalam perbualan seharian. Ini menjadikan mereka lebih tertarik untuk mendengar dan memahami," kata Cikgu Ahmad Safarman Dollah dari Sekolah Kebangsaan Kenering.

Semasa pengajaran bahasa istana, selalunya ia akan menjadi lebih senang dan mudah. Soalan-soalan boleh diberikan dalam bentuk kuiz.

"Menerusi pembelajaran bahasa berkenaan, murid-murid boleh menguji ingatan dengan bersoal jawab antara kawan.

"Diharapkan dengan nota ringkas ini mampu menjadikan murid lebih faham tentang penggunaan bahasa istana seterusnya boleh menjawab dengan baik apabila ditanya dalam peperiksaan nanti," katanya.

Artikel menarik

Pelajar ni punya tulisan, cantik dan kemas! Kalah pelajar perempuan… patutlah cikgupun suka

Bertuah insan bernama Cikgu Donze, perpindahannya ke sekolah baharu, dirai penuh tangisan…