KALI ini cikgu nak kongsikan tip sebagai panduan ibu bapa yang ada anak di Tahap Satu. Iaitu bagi kelas darjah 1, darjah 2 dan darjah 3.

Untuk semakan silibus terkini, Tahun Satu sahaja ada 9 tajuk kesemuanya. Tahun Dua, 8 tajuk.

Manakala Tahun Tiga ada 9 tajuk. Tajuk-tajuk besar ini datangnya dengan kemahiran yang pelbagai.

Banyak tak?

Banyak. Hal ini menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah. Terpaksa memilih antara dua situasi yang ada.

1. Habiskan silibus, tapi murid tak kuasai.

2. Murid kuasai, tapi silibus tak habis.

Jadi, perkongsian ini khas buat ibu bapa yang pentingkan pendidikan anak-anak dan seterusnya bercadang untuk praktikkan bantu mereka ketika di rumah. Insya-Allah, anak kalian akan lebih cemerlang dalam subjek Matematik.

Ok, ini panduannya.

1) Pastikan anak dapat mengenal dan menyebut nombor dengan baik.

Tahun Satu (0 - 100)

Tahun Dua (0 - 1000)

Tahun Tiga (0 - 10 000)

Tersangatlah mengganggu jika anak kalian sudah di Tahun Empat tetapi tidak dapat mengenal nombor dengan baik.

Jadikan contoh di bawah sebagai aktiviti harian.

“Ok adik, bacakan nombor giliran yang terpapar di skrin tu.”

“Angah, sebutkan harga baju ni.”

“Alang, berapa isipadu air botol besar tu?”

Mudah bukan? Tapi ianya berkesan!

2) Operasi asas

Bagi subjek Matematik, ada empat operasi asas kesemuanya. Pentingnya operasi asas ini boleh diumpamakan seperti pentingnya oksigen kepada manusia.

Bayangkan jika bekalan oksigen kepada manusia terganggu. Mungkin semput dan boleh menyebabkan kematian. Begitulah juga fungsi operasi asas ini.

Tanpa penguasaan operasi asas yang baik, pembelajaran Matematik anak kalian akan terganggu. Seterusnya ia akan menghilangkan minat mereka pada subjek Matematik.

Kenapa?

Murid yang seronok belajar subjek Matematik adalah murid yang dapat menyelesaikan soalan dengan baik.

Berjaya menyelesaikan soalan Matematik merupakan satu kejayaan dan juga satu kepuasan.

Begitu.

3) Kuasai sifir

Bermula Tahun Satu lagi murid telah diperkenalkan dengan sifir. Cumanya ia dikenali sebagai gandaan mudah 2, 5 dan 10.

Masuk sahaja Tahun Dua, murid wajib untuk menghafal sifir 0 hingga 10. Wajib!

Pentingnya sifir ini kerana ia digunakan bagi operasi darab dan juga bahagi.

Tak hafal sifir pasti akan mengganggu dan melambatkan proses pendaraban dan juga pembahagian.

4) Abaikan topik dan kemahiran kecil

Poin ini khas buat ibu bapa yang masanya terhad untuk menyemak dan bantu kerja anak ketika di rumah.

Abaikan sahaja kemahiran kecil seperti perbandingan, cerakinan dan bundar.

Mereka telah pelajari kemahiran ini ketika di sekolah. Kemahiran ini juga akan diulang-ulang hingga ke Tahun Enam.

Lebih baik kalian gunakan masa yang ada untuk bantu anak-anak kuasai kemahiran dan topik yang lebih penting seperti operasi asas dan sifir.

Jika kalian punyai masa yang banyak, teruskan sahaja. Lagi bagus.

5) 3M (Membaca, Memahami, Menghayati)

Ketika di rumah, pastikan kalian membantu anak-anak untuk menguasai 3M ini.

Membaca diperlukan untuk membaca soalan melibatkan penyelesaian masalah. Kemudian, perlu faham akan kehendak soalan. Seterusnya menghayati situasi pada soalan tersebut.

Yang terakhir ini adalah yang paling dan sangat penting.

6) Lengkapkan alat tulis

Pastikan alat tulis anak kalian lengkap sebelum hadir ke sekolah.

Pensil, pembaris, pengasah, buku tulis, buku teks dan buku aktiviti.

Jika salah satu antara alatan ini tiada, ia bukan sahaja akan mengganggu pembelajaran anak-anak, malah ia akan mengganggu mood cikgu yang mengajar.

Sebab itu lah banyak kes cikgu awal pagi ke sekolah sebagai manusia, balik ke rumah sebagai singa.

Memang terganggu emosi guru bilamana murid tak bawa buku dan tak siap kerja rumah.

Pastikan sebelum tidur, semak alatan dan buku tulis anak-anak kalian. Pastikan semuanya cukup.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak tip yang kalian boleh follow. Khas untuk ibu bapa yang ada anak di Tahap Satu.

Moga, sedikit sebanyak perkongsian ini membantu.

Oh ya, jangan lupa untuk share tips ini dengan rakan-rakan kalian.

Moga lebih ramai yang akan perolehi manfaatnya.

Mohamad Hakim

Guru Matematik Tahap Satu & Dua

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

ARTIKEL MENARIK:

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

Resepi ibu ini buat baju sekolah lama kembali putih macam baharu tanpa sental

Kerana takut, gementar ketika baca surah Al-Qori'ah, ayah meluru ke pentas dan gosok belakang badan

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan