Guru subjek Grafik Komunikasi Teknikal dan Matematik Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, Cikgu Mohd Faizal Mohd Derus berkongsi tujuh nasihat bermanfaat untuk calon-calon SPM 2020.

Nasihat ini sangat penting untuk mereka sekiranya inginkan kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut.

Mari hadam apa yang Cikgu Mohd Faizal yang juga Ketua Guru Disiplin sekolah ini katakan.

1) Amati keputusan peperiksaan percubaan. Jika ada yang salah, buat sekali pembetulan untuk soalan tersebut. Tetapi jika markah anda kurang daripada separuh, PENALTI diri anda sendiri dengan tiga kali pembetulan. Insya-Allah selepas ini anda tidak akan hilang markah lagi bagi soalan tersebut!!

2) Kenalpasti kekuatan diri anda dalam percubaan. Jika ada, gunakan kelebihan tersebut dengan mengajar rakan-rakan yang lemah bagi topik tersebut. Insya-Allah, ibarat parang yang sentiasa diasah akan sentiasa tajam!!

3) Tiada jalan pintas. Jika markah anda 50%, untuk tingkatkan menjadi 60% atau 70% anda perlu gandakan masa STUDY. Simple bukan!!

4) Bolehlah uninstall sebarang games atau sosial media yang banyak ambil masa anda sebelum ini. Jangan risau, Insya-Allah skill games anda takkan berkurang atau friendlist anda takkan menyusut dek kerana anda ‘bercuti’ seketika.

5) Amalkan solat hajat dua rakat setiap hari. Semoga usaha menuntut ilmu anda sentiasa diberkati.

6) Jaga solat, banyakkan berdoa dan jaga kesihatan serta fokus terus untuk menyelesaikan ulangkaji semua topik agar semua kesilapan yang dilakukan pada percubaan SPM, tidak akan berulang lagi!!

7) Semoga berjaya calon SPM 2020!!

Sumber: Facebook JaiLobu Mohd Faizal

Tip lain

Skor A+ Biologi SPM 2020. Penerangan Cikgu Nor Asila ini buat ramai pelajar mudah faham dan ingat!

10 tip cemerlang dalam peperiksaan. Calon SPM, STPM 2020 boleh amalkan ini

Fizik bukan subjek susah. Ada cara untuk skor A dalam SPM 2021. Cikgu ini kongsi rahsia

Cikgu ini dedah 10 tip hafal sifir yang paling mudah