APA itu Paksi Simetri? Haa, pernah keluar dalam peperiksaan minta calon tulis bilangan paksi simetri bagi sebuah segi empat sama sisi.

Melopong sebahagian calon bilamana mereka terlupa apa itu paksi simetri. Pernah juga diminta melukis paksi simetri pada bentuk yang diberi. Lagi ramai yang melopong.

Paksi Simetri adalah satu garis lipatan pada suatu bentuk geometri supaya bentuk itu dapat bertindih tepat apabila dilipat.

Senang cerita, Paksi Simetri adalah garisan yang membahagikan sesuatu bentuk sama rata. Tak boleh lebih, mesti bila dilipat ia akan tepat tau.

Contohnya seperti gambar ini.

Haaa, dah tahu kan? Sebarkan pula kepada kawan-kawan lain. Mana tahu tahun ni keluar soalan tentang Paksi Simetri, anak-anak dah boleh jawab dengan baik. Yeahhh!

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan