DAH lama soalan tentang abakus tak keluar dalam UPSR. Mungkinkah akan keluar tahun ini? Tiada siapa tahu.

Jadi jom ulang kaji ringkas mengenai topik Abakus ini. Senang sangat ya. Ini point penting yang kita kena tahu:-

1) Manik di bawah nilainya satu, satu.

2) Manik di atas nilainya lima.

3) Abakus hanya ada nilai bila manik mendekati bim (palang tengah)

4) Lajur paling kanan disusun berdasarkan Nilai Tempat yakni dari Sa, Puluh, Ratus, Ribu, Puluh Ribu, Ratus Ribu, Juta dan Puluh Juta.

5) Sekiranya menulis nilai wang menggunakan abakus, dua lajur paling kanan merupakan tempat untuk sen. (Lajur Sa dan Puluh) Lajur ke tiga dan seterusnya baru untuk ringgit (sa), puluh ringgit dan seterusnya.

Rujuk sahaja bacaan pada nota ini. Mudah kan?

Harap anak-anak kuasailah nota mudah ini.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Tip Menarik:

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul...calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam