Minyak masak adalah bahan asas utama yang sering digunakan untuk menggoreng. Namun tidak ramai di antara kita mengetahui bahagian manakah di dalam biji sawit yang boleh menghasilkan minyak.

Tempurungnya kah? Isinyakah? Atau sabutnya….

Bagi menjawab persoalan ini, Ikon Guru STEM dan Adiwira PAK21, SMK Jerlun Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib tunjukkan bahagian manakah minyak terhasil.

Ini perkongsian Cikgu Norhailmi.

Kelapa sawit dari dekat

Di kawasan kami yang penuh dengan sawah padi, ladang kelapa sawit paling dekat adalah terletak di Jitra, kira-kira 30-40 minit perjalanan.

Jadi bila ada aktiviti mengekstrak minyak kelapa sawit, alhamdulillah ada saja pelajar yang menawarkan diri untuk cari buah kelapa sawit, bagi memudahkan semua pelajar menjalani aktiviti tersebut.

Semua akan jadi teruja.

Menerusi Video https://youtu.be/hwvZ3QJZEs4

Anda boleh tengok sendiri mana satukah mesokarpa dan endokarpa.

Paling penting, anda tahu minyak kelapa sawit itu datangnya dari mana…

Serius, jika tak kerana menjadi seorang cikgu dan buat eksperimen ini, saya sendiri pun tak pernah tengok kelapa sawit dari dekat!

Bagi memudahkan pelajar mengenali kelapa sawit, video tersebut di atas dapat membantu anda.

Selamat belajar