Bila tiba musim cuti sekolah, menjadi kebiasaan ibubapa di Malaysia menghantar anak anak ke kem motivasi dan yang seumpamanya.

Ia adalah sesuatu yang baik kerana Ilmu dan pengalaman baru yang bakal diperoleh nanti akan mungkin akan diri anak anak mengubah dan meningkatkan nilai diri mereka.

Namun sebagai ibubapa yang bijak dan prihatin, tentu anda mahu pastikan pilihan yang dibuat itu adalah pilihan yang BETUL.

Kenapa pilihan yang BETUL itu penting? Sebab pilihan yang salah bukan sahaja merugikan energy, masa dan wang malah ia akan menyebabkan kerosakan minda dan sistem tubuh anak-anak.

Maka dengan itu, sebelum mendaftar, buatlah sedikit kajian dan analisa untuk memastikan anda buat pilihan yang betul.

Apakah Faktor Penting Dalam Memilih Kem Motivasi?

PENTING: PASTIKAN KEM TERSEBUT TIDAK MENGGUNAKAN PENDEKATAN KEKERASAN, KASAR DAN NEGATIF BAIK DARI SEGI PERBUATAN, KATA-KATA DAN BAHASA BADAN.

Dalam sebuah Hadith yang bertaraf Soheh, Nabi Muhammad S.A.W bersabda.

Maksud hadith:

“Tidaklah kelembutan memasuki sesuatu melainkan ia mencantikkan sesuatu itu”

Menurut Dato’ Dr. Danial b Zainal Abidin (Doktor Perubatan, Tokoh Ilmuan dan Pendakwah Terkenal)

“Apabila hadith tersebut diaplikasikan dalam konteks pendidikan anak-anak, bila kita gunakan kelembutan dalam mendidik anak, maka kelembutan akan mencantikkan pendidikan terhadap anak itu”.

Tambah beliau, bila anak sentiasa dipukul, dirotan, silap sikit dipukul maka ia tidak akan mencantikkan tarbiah. Lebih malang jika kekerasan dan peristiwa negative yang berlaku di kem motivasi seperti kem solat atau yang semupamanya, akhirnya melahirkan rasa benci pula pada agama.

Dalam kelas Tafsirnya, Dato’ Dr Danial turut berkongsi pengalaman pahit anak-anaknya di kem motivasi. Menurut beliau, anak anaknya serik dan enggan untuk menyertai mana mana kem motivasi selepas mengalami peristiwa negatif di sebuah kem motivasi yang disertainya. Kejadian seperti dipukul, didenda dan dimalukan kerana kesilapan seperti lewat solat subuh adalah antara yang biasa kita dengar.

Dato’ Dr Danial juga menasihatkan para ibubapa agar sentiasa berhati-hati semasa memilih kem motivasi dan jangan mudah terpedaya dengan kem motivasi (atau yang seumpamanya) yang menggunakan Selebriti dalam kempen pemasaran mereka.

Oleh itu, para ibubapa perlu pastikan kem motivasi yang dipilih adalah seratus peratus bebas daripada unsur KEKERASAN seperti yang disebutkan tadi.

Menurut Dr. Bruce Lipton, Pakar Biologi dan penulis buku “The Biology Of Belief” Kekerasan boleh mengakibatkan stress yang membawa kepada impak negative kepada pertumbuhan minda dan system tubuh. Stress membawa kepada dua keburukan iaitu:

1. Pertumbuhan (cell growth) sel-sel tubuh akan terhenti

2. Sistem Pertahanan Badan (Immune System) akan terhenti

Tambah Beliau, “Setiap saat jutaan sel-sel tubuh akan mati dan jutaan sel-sel tubuh yang baru akan dihasilkan bagi menggantikan sel sel tubuh yang telah mati itu. Sebab itu proses semulajadi pertumbuhan sel ini amat penting. Apabila dalam keadaan stress, system ini akan terganggu. Akibatnya, system tubuh tidak dapat menggantikan jutaan sel-sel yang mati pada kadar yang normal. Apabila ini berlaku, anak anak mudah jatuh sakit. “

“Stress juga mengakibatkan darah dan oksigen di bahagian otak hadapan (Prefrontal Cortex) berkurangan kerana lebih banyak darah akan dihantar oleh system tubuh ke bahagian otak belakang yang mengawal tingkahlaku refleks (Reflex Behavior).

Oleh kerana kurangnya darah dan oksigen darah dibahagian Prefrontal Cortex maka anak anak jadi kurang bijak dan mereka cenderung untuk membuat keputusan yang salah atau ambil tindakan yang salah.

Kesimpulannya, pendekatan negatif yang dilakukan di kem motivasi akan memberikan impak negatif kepada anak anak iaitu:

1. Anak akan benci pada kem motivasi dan objektif ibubapa tidak dapat dicapai

2. Perjalanan sistem tubuh anak akan terganggu

3. Anak mudah jatuh sakit

4. Anak jadi kurang bijak

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda. Mohon Sharekan perkongsian ini .

 

Perkongsian FB Cikgu Kamil Superneuron, Mentor Transformasi Kanak-Kanak No 1