GURU subjek Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Cikgu Natasya Haswani Hassan Merican berkongsi empat tip penting untuk lulus Kimia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Walaupun tiga kertas peperiksaan bagi subjek Kimia berlangsung pada 21 November, semua calon SPM diingatkan supaya mengulang kaji empat topik asas Kimia itu daripada sekarang.

"Nak skor Kimia, kena usaha sekarang. Semoga berjaya," katanya yang turut mengajar subjek Sains Tingkatan Tiga.

**********

Tip lulus Kimia SPM

1) Kuasai empat topik asas Kimia

                  a) Struktur Atom

                  b) Formula dan Persamaan Kimia

                  c) Jadual Berkala Unsur

                  d) Ikatan Kimia

  • Keempat-empat topik ini merupakan asas yang perlu diketahui dalam subjek Kimia. Topik-topik ini saling berkaitan antara satu sama lain dan juga akan diguna pakai dalam topik-topik lain. Jadi untuk sekurang-kurangnya lulus calon perlu menguasai asas dalam Kimia.

2) Latih tubi Kertas 1 soalan aras pengetahuan (soalan 1 hingga 20)

  • Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dan cuba jawab soalan-soalan aras pengetahuan (aras rendah) iaitu soalan nombor 1 hingga nombor 20.
  • Soalan-soalan ini dapat mengukuhkan pemahaman konsep asas dalam Kimia.

3) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur aras pengetahuan dan kefahaman (soalan 1 hingga 4)

  • Jawab soalan struktur Kertas 2 dari set-set soalan berlainan dan fokuskan kepada soalan 1 hingga soalan 4.
  • Soalan-soalan ini menguji aras pengetahuan dan kefahaman calon.

4) Kuasai teknik menjawab Kertas 3

  • Kertas 3 adalah kertas yang bakal membantu calon untuk memperoleh markah yang baik dengan syarat calon mestilah kuasai kemahiran proses sains yang telah dipelajari di dalam makmal.
  • Calon hendaklah menguasai sekurang-kurangnya teknik berikut :

                  a) Cara mendapatkan pembolehubah dari eksperimen

                  b) Cara membina hipotesis dari pembolehubah

                  c) Teknik menjawab 11 konstruk kemahiran proses sains

Tip Menarik:

‘PdPc mudah faham dan menyeronokkan’ - Cikgu Nithiya kongsi kelainan, belajar sambil makan

Lima perkara ini perlu diikuti jika mahu keputusan SPM yang luar biasa

Ustazah Fadilah Lee kongsi sembilan tip menghafaz Tahfiz Model Ulul Albab

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau