PENGGUNAAN cermin oleh kita adalah suatu perkara yang wajib pada setiap hari semasa mengemaskan diri. Tahukah anda bahawa ini adalah jenis cermin satah. Jadi sebenarnya ada berapa jenis cermin?

Imej sahih ialah imej yang terbentuk skrin, manakala imej maya ialah imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin. Imej kita dalam cermin terbentuk di belakang cermin. Oleh itu, imej yang terbentuk pada cermin ialah imej maya.

Jenis-jenis cermin.

Cermin satah mengaplikasikan konsep pantulan cahaya. Sinar cahaya yang terpancar di atas cermin akan dipantulkan.

Aplikasi cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung dalam kehidupan.

Aplikasi cermin cekung dalam kehidupan.

Aplikasi cermin cembung dalam kehidupan.

Alat optik yang menggunakan konsep pantulan cahaya

PERISKOP - Merupakan alat yang digunakan pada kapal selam untuk melihat keadaan di permukaan laut. Periskop mengaplikasikan sifat cahaya yang boleh dipantulkan. Cahaya dari atas permukaan laut dikesan oleh suatu cermin, kemudian dipantulkan oleh cermin lain dan menuju ke mata pemerhati yang berada di dalam kapal.

Periskop

KALEIDOSKOP- merupakan alat mainan yang dibuat dengan menggunakan cermin satah. Dengan alat ini, anda dapat membuat pelbagai bola yang mengagumkan. Pola-pola ini diperoleh kerana imej objek-objek di dalam kaleidoskop berkali-kali mengalami pantulan. Oleh yang demikian, jumlah imej yang kelihatan lebih banyak daripada jumlah objek.

Sumber: Blog Cikgu Hailmi

Artikel menarik:

'Fun Learning' bantu golongan istimewa belajar elak jemu, bosan dan penat murid

Guru pendidikan khas kongsi tip tarik minat murid berkeperluan khas belajar secara online

Projek STEM 3 guru bahasa Inggeris ini menang pertandingan antarabangsa bawa pulang geran RM45,000

JAIS guna kaedah penilaian dan pentaksiran berasas sekolah ganti peperiksaan batal