PENGETUA Genius Aulad Saujana Utama Sungai Buloh, Ashikin Hashim berkongsi tiga elemen penting untuk mak ayah mengajar anak-anak membaca.

Mari ikuti perkongsian daripada beliau ini.

Semoga bermanfaat.

**********

Suka untuk saya kongsikan sedikit berkenaan mengajar anak membaca.

Mahu ajar anak membaca usah tumpu belajar guna buku sahaja.

Bila kita hanya guna buku, maka berlakulah peperangan antara anak dan kita.

" Aik, baru ajar 'ca', 'ba' dah lupa!"

Mengaku tak!

Dan selalu saya terima aduan ibu bapa berbunyi begini:

"Anak saya kalau suruh baca kejap je fokus dia. Kejap dah boring."

Ingat ya ibu-ibu, yang kita ajar ni anak umur 4-6 tahun, logiklah dia mudah lupa, memang lah dia cepat boring. Bukan sebab dia tak pandai.

Kenapa dia mudah lupa? Sebab kita tak tahu cara ajar yang sesuai dengan umurnya.

Kenapa kita rasa anak cepat boring? Sebab kita tak ada alat lain nak ajar anak baca. Guna buku sahaja! Ya Allah boringnya

Macamana nak bagi anak ingat?

Macamana supaya anak tak boring?

Nak buat aktiviti dengan anak termasuklah membaca mesti ada tiga perkara ini. Masukkan 3 elemen ini supaya anak lebih faham dan ingat inshaAllah.

1. Belajar secara VISUAL - anak nampak apa yang dia nak baca

2. Belajar secara AUDITORI - anak mesti dengar dulu kemudian sebut. Ulang dan ulang. Rakam suara kita pun boleh. Banyakkan berbual/bercakap supaya anak dengar pelbagai kosa kata.

3. Belajar secara KINESTETIK - anak mesti bergerak bila belajar. Bila anak bergerak, anak lebih mudah faham dan dia tak cepat bosan.

Contoh aktiviti membaca yang saya buat dengan Wafa:

1. Minta dia baca dulu.

2. Ulang

3. Cuba ingat tanpa lihat

4. Minta di tulis di whiteboard

5. Baca lagi

6. Puji anak

15 minit pun dah cukup dah inshaAllah. Silap-silap anak yang nak lagi buat.

Cuba ya. Jangan tumpu pada buku sahaja. Pelbagaikan aktiviti supaya anak belajar dengan lebih baik.

Selamat belajar dengan anak

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim

Artikel menarik:

'Sambutan kelas melalui portal online tak hangat' - Guru ini beri semangat buat semua cikgu

30 eksperimen Sains mudah boleh buat di rumah.. Jom cuba!

Keghairahan guru eksperimental pendidikan digital