GURU Cemerlang Hifz Al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Ismail Salleh berkongsi tip kejayaan dan aspek penilaian yang dilakukan juri, ketika pertandingan inovasi berlangsung.

Pernah membawa pulang lapan pingat emas menerusi sembilan pertandingan yang disertai, Ustaz Ismail berkata, panduan yang dikongsikan ini penting untuk warga guru.

"Ia boleh dijadikan panduan untuk cikgu-cikgu yang berhasrat membawa pelajar ke pertandingan inovasi kelak," katanya.

Ikuti tip kejayaan beliau

1) Setiap produk yang dihasilkan perlu ada commercial value atau nilai komersil dan lebih baik lagi sudah dipasarkan atau sudah dijual. Selain produk itu unik, terkini dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada industri dan komuniti.

2) Mempunyai novelty atau keaslian yang hebat di mana sesuatu produk itu adalah baru diperkenalkan dan belum ada lagi di pasaran.

3) Produk bersifat Sustainable Products iaitu mampu bertahan dalam industri sekurang-kurangnya tiga tahun sama ada dari segi servis produk, bermanfaat kepada pengguna, selamat digunakan, mesra alam dan kos perkhidmatan sesuatu produk.

4) Jika ada penerbitan artikel dan kajian keberkesanan seperti testimoni pengguna merupakan satu nilai tambah untuk menambat hati juri pertandingan.

5) Setiap produk yang dihasilkan perlu ada intellectual property iaitu didaftarkan dan dilindungi di bawah Perbadanan Harta Intelik Malaysia( MyIPO) seperti hakcipta (copyright), trademark, paten dan sebagainya. Proses ini diperlukan bagi melindungi sesuatu harta intelek itu ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

6) Pamerkan poster produk meliputi demo penggunaan produk. Elakkan terlalu banyak wording dalam poster. Persembahkan produk secara pitching dan bukan seperti membentang kertas kerja diseminar. Proses pitching meliputi perbandingan produk lain, keupayaan menyelesaikan masalah, target pasaran, strategi pemasaran, persaingan produk dan kos produk perlu ditekankan.

7) Pamerkan sijil-sijil, surat testimoni daripada pelanggan, video clip dan medal kemenangan pertandingan yang lepas untuk meyakinkan juri. Jika ada resit atau invois jualan adalah satu bonus. Selain itu booth pertandingan tidak perlu dihias melampau hanya sekadar alas meja, poster dan salinan testimoni.

8) Sediakan brosher untuk diberikan kepada juri supaya juri dapat recall produk. Sediakan slaid dalam bentuk powerpoint dalam sesi pembentangan kepada juri.

9) Ingatkan juri tandatangan borang kehadiran. Jika juri tidak hadir sila laporkan kepada urusetia atau penganjur pertandingan.

10) Tidak perlu berikan cenderahati yang hebat-hebat kepada juri hanya sekadar untuk menghormati mereka. Seterusnya selamat berjaya…

Tip lain

'Garis Bahagi' mudahkan murid Tahun Dua kuasai kemahiran asas bahagi

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan