KITA sedia maklum bahawa subjek Matematik merupakan subjek killer bagi peringkat sekolah rendah khususnya UPSR.

Makanya, perkongsian ini adalah untuk membantu atau lebih mudah kata sebagai panduan buat para ibu bapa yang mahu membantu anak-anak ‘survive’ dan cemerlang bagi subjek ini.

Berikut adalah stepnya;

1. Operasi Asas

Cuba semak operasi asas anak-anak kalian. Operasi asas ini merujuk kepada empat operasi utama dalam Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Operasi asas ini tersangatlah penting kerana ia akan diguna pakai bagi setiap tajuk yang ada dalam Matematik.

Buat pengetahuan para ibu bapa, bila di Tahun Enam, cikgu akan cuba untuk menghabiskan silibus selewat-selewatnya pada bulan enam atau tujuh. Jika anak kalian bermasalah dalam operasi asas ini, pasti anak kalian akan ‘lost’ dan jauh tertinggal.

Berbeza situasinya jika operasi asas anak kalian ini kukuh. Pasti tak akan ada sebarang masalah untuk mereka ‘catch up’ kesemua tajuk dalam masa tujuh bulan.

2. Congak

Format baru UPSR ini terutamanya bagi Kertas 1, murid memerlukan kemahiran mencongak.

Kemahiran mencongak ini merujuk kepada kemahiran mengira dalam kepala atau perkataan ilmiahnya ia dipanggil sebagai mentalis.

Dengan adanya kemahiran mencongak ini, banyak masa dapat dijimatkan khususnya ketika menjawab Kertas 1.

3. Tutor atau tuisyen

Poin ke-3 ini adalah khas untuk para ibu bapa yang tak punyai masa yang banyak untuk anak-anak. Juga buat para ibu bapa yang tidak berkemahiran untuk membantu anak-anak ketika di rumah.

Maka, carilah tutor atau pusat tuisyen yang berkelayakan dan berpengalaman. Cikgu yang memang bidangnya dalam Matematik. Jangan tangkap muat sahaja. Risau ajaran laluan kiri yang dibawanya.

Cuba berbincang dengan guru tersebut untuk drilling kemahiran mencongak dan bantu kukuhkan operasi asas anak kalian.

4. Buku teks

Buku teks merupakan bahan rujukan utama bagi subjek Matematik.

Jadi, saya cadangkan kalian untuk beli buku teks Tahun Empat dan Lima bagi subjek Matematik.

Jika ada sebarang keraguan, buku teks itulah yang dijadikan sebagai tempat rujukan selain bertanya pada guru di sekolah.

Oh ya, buku teks ini juga boleh didapati dalam bentuk PDF. Untuk Tahun Empat memang ada. Cumanya untuk Tahun Lima saya tak jumpa lagi.

Boleh cuba cari.

5. Sifir

Tak lain dan tak bukan, sifir ini sangat lah penting. Memang tak boleh lari.

Tolong pastikan anak kalian melangkah ke Tahun Enam dalam keadaan sudah menghafal sifir.

Murid yang tak hafal sifir akan sangat bermasalah dan sering melakukan kecuaian.

Fikirkan dan gunalah cara apa cara sekalipun asalkan mereka hafal sifir sebelum bulan Januari tahun hadapan.

6. Penukaran unit

Biasanya saya akan sebut 4P iaitu pecahan, perpuluhan, peratus dan penukaran unit.

Tapi di Tahun Lima, cukup untuk anak kalian mahir semahirnya akan kemahiran penukaran unit.

Penukaran unit adalah antara kemahiran yang pasti akan diuji pada Kertas 1 dan Kertas 2 dalam mana-mana ujian Matematik. Paling kurang empat soalan yang melibatkan penukaran unit ini.

3P yang lain tak penting ke cikgu?

Eh, siapa kata tak penting?

Penting juga. Tapi berdasarkan pengalaman, 3P yang lain adalah lebih mudah untuk murid kuasai berbanding penukaran unit ini.

Paling kurang, murid sudah kuasai 1P dan ia pasti akan sangat membantu.

7. Buku aktiviti

Pastikan kalian memilih buku aktiviti yang sesuai dengan tahap anak kalian.

Sebelum melangkah ke Tahun Enam, boleh cari buku aktiviti khusus melibatkan operasi asas.

Paling tidak pun, gunakan sahaja latihan mentalis yang pernah aku kongsikan.

Nah linknya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214244857575894&id=1248947331

8. Follow dan set see first

Insya-Allah jika ada kelapangan, saya akan kongsikan lebih banyak lagi latih tubi.

Jika kalian tak set pada see first, kalian akan tertinggal bahan-bahan yang saya buat sendiri.

Dari masa ke semasa juga saya akan kongsikan lebih banyak lagi tip berkaitan Matematik pada kalian.

...

Perlu diingat bahawa persediaan yang paling baik adalah persediaan yang dilakukan pada awal waktu.

Usah bertangguh.

Kita rasa macam tahun depan tu lama lagi. Tapi percayalah, tahun depan itu sebenarnya tak lama mana pun. Beberapa bulan sahaja berbaki untuk kita melangkah ke Tahun 2020.

Ini sedikit sebanyak tip dan step yang boleh kalian follow.

Moga bermanfaat!

Sekian.

Mohamad Hakim

Cikgu Matematik

Sumber: Facebook Mohamad Hakim