Di sini disediakan empat tip persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menjelang. Semoga semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM tabah dan dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Selamat berjaya!

Ulangkaji

Mengulangkaji nota-nota ringkas yang telah di buat sebelum daripada ini. Buku rujukan yang tebal sudah tidak sesuai untuk dibaca pada saat-saat akhir, kerana ia boleh mengganggu emosi dan menghilangkan fokus calon untuk belajar .

Banyakkan latih tubi dan ulangan soalan-soalan lepas. Calon mestilah menguasai teknik menjawab soalan yang terkini supaya tidak tersasar daripada kehendak soalan.

Menggunakan teknik belajar berasaskan NLP yang terbukti sangat berkesan membantu pelajar untuk berjaya. Calon boleh memaksimakan teknik pembelajaran berasaskan NeuroLinguistic Programming (NLP) dengan memperkasakan Visual, Auditary, Kinaesthetic dan Digital calon dengan menggunakan teknologi yang mesra pengguna seperti telefon bimbit

Pemakanan

Untuk calon yang beragama Islam pastikan makanan yang diambil adalah halal dan baik (halalan toyyiba) manakala untuk calon non Muslim, pastikan makanan yang diambil adalah makanan yang berkhasiat.

Banyakkan minum air kosong kerana air berfungsi untuk mengawal suhu badan, membantu penyerapan nutrien, melembabkan oksigen untuk pernafasan dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada tubuh.

Pembahagian masa

Utamakan yang lebih utama dan elakkan pembaziran masa. Pastikan percakapan dan perbualan dengan rakan-rakan atau orang sekeliling dalam tempoh waktu ini juga adalah menggunakan terma-terma yang bersifat akademik. Ia adalah teknik ulang kaji secara tidak langsung dan memaksimakan penggunaan masa calon.

Pengurusan emosi

Jauhi rakan-rakan negatif, bercakap hal-hal positif, hargai diri jika berjaya menyelesaikan tugasan, tidur yang mencukupi dan berkualiti serta amalkan riadah ringkas. Sebelum tidur, sentiasa maafkan semua orang, dan banyakkan zikrullah.