Tercari-cari petua dan rahsia terang hati buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan?

Renungi nasihat dan pesanan daripada Dr. Kamilin Jamilin ini.

Pada awal pertemuan Imam al-Syafi'i dengan Imam Malik di Madinah, Imam al-Syafi'i yang ketika itu masih lagi sangat muda usianya berusaha memujuk Imam Malik untuk berguru menimba ilmu hadis dengan beliau.

Kebijaksanaan dan kepetahan Imam al-Syafi'i telah menarik perhatian Imam Malik, lalu beliau berpesan pada Imam al-Syafi'i: "Aku kira ALLAH telah campakkan cahaya dalam hatimu, maka janganlah engkau padam ia dengan kegelapan maksiat, sedangkan ALLAH telah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada ALLAH, nescaya Dia mengurniakan buat kalian Furqan (petunjuk)" (al-Anfal: 29).

Ibn al-Qayyim berkata: "Antara maksud "furqan" itu adalah cahaya yang melaluinya dapat dibezakan antara kebenaran dan kebatilan. Lebih hampir seseorang itu dengan ALLAH, lebih sempurnalah "furqan"nya" (I'lam al-Muwaqqi'in).

Dapat disimpulkan menerusi peringatan ini adalah, RAHSIA TERANG HATI dan mudah menerima ilmu adalah:

1. Selalulah bersama al-Quran

2. Banyakkan berdoa

3. Menjaga solat

4. Subuh sentiasa di masjid

Artikel Menarik:

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Dr Kamilin kongsi enam sebab, anak perlu hafal al-Quran

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan