LAGI seminggu lebih baki cuti rehat persekolahan anak-anak sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu.

Mak ayah dah siap sediakan kelengkapan persekolahan anak-anak?

Ada yang perlu dibeli baharu dan sebaliknya.Tak beerti semuanya perlu tukar, mana yang elok kita gunakan lagi.

Contohnya baju dan tudung sekolah. Mana yang dah suram dan kelam tu boleh digilap kembali asalkan kena dengan tekniknya.

Nak putihkan baju dan tudung tu kembali seperti baru dengan kos amat murah?

Jom kita ikuti perkongsian Zakiah Hassan ini.

+++

BASUH BAJU PUTIH TANPA TERUK MENYENTAL.

Bahan-bahannya:

Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)

Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)

Air

Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)

 

Cara-caranya:

1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.

2. Bubuh sabun basuh biasa.

3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

4. Bubuh air.

5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).

6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket.. atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.

7. Tutupkan mesin basuh.

8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap. =P

9. Balik rumah dah siap.

10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.

 

Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR.. kohkohkoh.

Selamat mencuba!

 

TERIMA KASIH PUAN ZAKIAH HASSAN ATAS TIPS MENARIK INI.

 

Inilah bentuk sabunnya tu. Boleh pergi beli sekarang.

Guntingkan atau sagat buku sabun kuning ke dalam mesin basuh.

Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

Tara! Nah baju putih gebu gebas. Gembira hati kita ibu-ibu ni kan. Selamat Mencuba!