'JIKA nak skor dalam Fizik, pelajar perlu mahir beberapa topik Matematik.

Itu kata Cikgu Fizik, Ajwad Ghali.

Menurutnya, topik Matematik seperti algebra, persamaan linear, nisbah kadaran (ratio), persamaan serentak dan trigonometri perlu dikuasai oleh calon SPM.

"Jika topik-topik ini pelajar kuasai, insya-Allah tak susah pun nak skor dalam Fizik," katanya kepada GPS Bestari.

**********

Tip nak skor Fizik SPM

Ini perkongsian daripada Cikgu Ajwad

1) Study semua bab

“Kalau study semua bab, bukanlah tip..."

Nanti dulu.

Pelajar patut tahu Fizik adalah subjek yang PALING sikit bilangan bab berbanding subjek Sains yang lain seperti Kimia dan Biologi.

Pelajar hanya perlu belajar lima topik tingkatan empat dan lima topik tingkatan lima.

Hanya 10 bab sahaja yang pelajar belajar dalam Fizik SPM. Tak banyak pun.

“Kenapa perlu belajar semua bab?”

Dalam Kertas 1, soalan objektif, soalan akan disusun secara bab demi bab. Setiap subtopik akan cuba dikeluarkan satu soalan.

Kertas 2 pula, subjektif yang terdiri dari tiga bahagian (A, B dan C). Selalunya lapan soalan struktur di Bahagian A dibahagikan sama rata iaitu empat topik dari tingkatan empat dan empat soalan lagi dari topik tingkatan lima.

Bahagian B, soalan nombor sembilan adalah dari topik tingkatan empat dan nombor 10 dari tingkatan lima.

Sama juga untuk Bahagian C. Nombor 11 topik tingkatan empat dan nombor 12 adalah topik tingkatan lima. Pelajar hanya perlu memilih satu soalan dari Bahagian B dan C.

Jadi pada pelajar yang lemah sangat Fizik, bolehlah study lima topik tingkatan empat atau lima topik tingkatan lima sahaja. Insya-Allah dah boleh lulus. Boleh dapat B ke A- lagi.

Pilihan di tangan anda.

Boleh pilih bab apa yang nak fokus

2. Fahamkan konsep

Kebanyakan pelajar terlalu fokus kepada soalan melibatkan pengiraan. Bagi mereka Fizik terlalu banyak soalan melibatkan pengiraan dan formula. Selain pelajar tidak tahu nak pilih formula yang mana. Tambah pula, ada soalan pengiraan yang melibatkan formula yang tidak diberi dan pelajar perlu ingat.

Persoalan utama, betul ke soalan Fizik SPM ni banyak sangat soalan mengira?

Jawapan ringkasnya Tidak.

Dalam Kertas 1 melibatkan 50 soalan objektif, soalan yang melibatkan pengiraan TAK PERNAH lebih daripada 10 soalan.

Jika di Kertas 2 soalan subjektif yang terdiri dari Bahagian A, B dan C, dalam lingkungan 18 daripada jumlah 100 markah Kertas 2 melibatkan pengiraan.

Soalan pengiraan ada di Bahagian A dan C sahaja. Tiada soalan melibatkan pengiraan di Bahagian B.

Kesimpulannya, soalan melibatkan pemahaman konsep lebih banyak berbanding pengiraan.

3. Jangan risau dengan formula yang perlu dihafal atau ingat, meh kami bagitau

Kebanyakan formula sudah diberi di dalam senarai formula yang di muka hadapan soalan Kertas 1 dan Kertas 2.

Cuma beberapa sahaja formula yang perlu DIKETAHUI bagaimana ia wujud atau perlu DIHAFAL dan DIFAHAMI cara penggunaannya.

Contohnya formula bagi F=ma untuk soalan yang melibatkan daya. Pelajar perlu faham tentang daya seimbang dan tidak seimbang kerana formula ini hanya untuk daya tidak seimbang.

Jadi BERAPA BANYAK FORMULA yang perlu diingat dan SELALU keluar?

a) Tingkatan empat

Bab 2: Daya

  • Formula keabadian momentum
  • Daya impuls dan impuls
  • Kerja
  • Hukum hookes

Bab 3: Tekanan

  • Formula untuk archimedes (selalu ditanya dalam peperiksaan)

Bab 4: Haba

  • Formula mencari suhu dengan termometer
  • Hukum gas

Bab 5: Cahaya

  • Formula untuk pantulan dalam penuh (n=1/sin c)
  • Kuasa kanta (power of lens)
  • Pembesaran, m(magnification)

b) Tingkatan lima

Bab 1: Gelombang (waves)

  • Pantulan bunyi

Bab 2: Elektrik

  • Formula  beza keupayaan
  • Formula daya gerak elektrik (emf)
  • Tenaga dan kuasa elektrik

4. Mantapkan ilmu Matematik

Matematik adalah bahasa bagi Fizik. Masalah utama pelajar dalam subjek Fizik adalah berpunca dari “kurang cekap” dalam ilmu asas Matematik.

Jika nak skor dalam Fizik pelajar perlu mahir beberapa topik Matematik terutamanya

1. Algebra,

2. Persamaan linear,

3. Nisbah kadaran (ratio)

4. Persamaan serentak

5. Trigonometri

Jika topik-topik ini pelajar kuasai, insya-Allah tak susah pun nak skor dalam Fizik.

Tip Penting:

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

Guru Cemerlang kongsi empat tip mudah skor subjek Matematik SPM