RATA-rata ibu bapa berperasaan pelik melihat soalan begini untuk anak-anak menjawab.

Menurut guru Matematik SK (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh, soalan sebegitu sangat menarik.

"Saya lihat dan perhati soalan ini. Wahhh, menarik! Pada saya soalan ini sangat bagus. Ia berbentuk permainan untuk menyelesaikan masalah.

"Huruf apa yang sesuai berdasarkan bentuk. Dan dengar kata, benda ni bukan baru. Tahun 80 an, 90 an lagi dah ada soalan seperti ini," katanya.

Pada pendapat beliau, ianya sangat bagus untuk menguji minda anak-anak.

"Pasti anak-anak suka untuk buat soalan begini. Lepas buat, boleh terus tulis jawapan dalam bentuk itu. Jika huruf itu kena dengan ruangan yang diberi, makna kata betul la tu.

"Jika tak kena, ada dua kemungkinan. Jawapan salah atau cara anak kita tulis huruf tu yang salah. Dah kenal pasti kesalahan, baru kita boleh bimbing mereka kan?," ujarnya.

Artikel menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Pematuhan Prosedur Operasi Standard Pengurusan dan Pentadbiran Pentaksiran Tingkatan 3

Guru perlu siap sedia untuk hadapi cabaran VUCA

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal