Hujung tahun sebegini, Hari Kecemerlangan pun bakal menjelma. Seandainya tiada idea atau sudah bosan dengan idea tahun-tahun lepas dengan membalut sahaja kotak alat tulis, apa kata tahun ini kita menghasilkan sesuatu yang lebih menarik.

Cuma gunakan sedikit sahaja tenaga dan kelembutan jari-jemari anda untuk menghasilkan 'bunga tangan' yang indah. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada murid ataupun guru.

Jom kita serlahkan kreativiti melalui gubahan sendiri 'stationery bouquet'. Idea sempena Hari Kecemerlangan nanti...