"CIKGU, Sejarah susah! Ada banyak yang nak kena belajar, ingat dan hafal."

Ini antara keluhan yang paling popular cikgu dengar daripada kalangan pelajar bila mereka diminta melakukan kerja rumah Sejarah, Kajian Kes dan sebagainya.

Guru Cemerlang Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak, Abdul Ghani Abu Bakar berkongsi tip yang boleh membantu untuk belajar Sejarah!

1) Belajar topik yang sama dengan beberapa cara yang berlainan.

Hari ini belajar Sejarah boleh dengan pelbagai bentuk. Pelajar asrama tentu berbeza cara belajar dengan pelajar yang tinggal di rumah. Tetapi otak tetap sama, bukan. Bagaimana untuk memastikan otak kita boleh mengingati sesuatu maklumat pada jangka masa yang lama? Kata individu yang hebat, jika anda mempelajari sesuatu topik dengan beberapa cara atau media yang berlainan, ia akan merangsang dan mengaktifkan beberapa bahagian otak. Sejarah ni perlu di baca, difahami barulah senang di ingat.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mencapai keupayaan ini. Antaranya

a) Menonton video pembelajaran dalam eduwebtv atau mana-mana channel yang ada.

b) Membaca buku teks (Gunakan 4M – membaca, mengaris, menjawab dan membaca semula).

c) Membaca buku rujukan atau bahan yang diberi oleh guru.

d) Membuat latihan dan latih tubi (perkara yang sangat perlu untuk menguasai Sejarah).

e) Bersoal-jawab dengan rakan-rakan (dalam kelas buat penyoalan berpasangan atau bersilang dan cikgu nampak pelajar suka cara ini).

2) Memahami kaedah menjawab Sejarah dengan FHC (Fakta + Huraian + Contoh) dan Infrence.

Ini merupakan antara cara yang paling popular untuk menguasai sesuatu topik dengan cepat dan berkesan dan dapat menguasai SPM khususnya Kertas 2 dan 3 dengan baik. Pelajar perlu menjadi kreatif dan bijak untuk memudahkan, meringkaskan dan memampatkan keseluruhan topik yang dipelajari. Sebagai contoh:

Soalan: Jelaskan pentadbiran yang mantap mampu memacu kegemilangan Kerajaan Melaka [8 markah]

Langkah 1 : Cikgu meminta pelajar membuka muka surat 8 dan 9 KSSM Tingkatan 4.

Langkah 2 : Membaca senyap, mengaris FHC dan menjawab soalan

Langkah 3 : Mencari jawapan (boleh individu atau kumpulan)

Langkah 4 : Menjawab dan membaca jawapan

3) Menulis dan meringkaskan nota sendiri. Jangan hanya sekadar membaca buku teks dan buku rujukan sahaja.

Nota sangat penting (memudahkan, meringkaskan dan memampatkan maklumat), cuba latih diri anda untuk menulis dan meringkaskan nota sendiri. Kalau menggunakan kemahiran I-Think lebih menarik nota pelajar. Nota yang menarik akan membantu pelajar skor sejarah.

Nota yang menarik ini juga boleh digunakan di saat-saat genting ketika peperiksaan semakin dekat. Anda hanya perlu merujuk nota anda tanpa perlu membuka buku teks dan buku rujukan yang tebal. Tapi, pastikan nota anda ditulis dengan fakta-fakta dan maklumat yang betul ya! Cikgu boleh bagi reward pelajar yang nota yang menarik, cantik dan kemas sebagai perangsang di kalangan pelajar.

4) Membaca subtopic tertentu sebelum guru mengajar.

Rata-rata pelajar lebih gemar menunggu cikgu mengajar dari memulakan atau mencari maklumat sendiri. Ternyata cara itu adalah tidak tepat! Sikap ni, cikgu perlu ubah dalam era KSSM ni. Dengan mengulang kaji awal, apa yang pelajar tidak faham boleh kemukakan pada cikgu sewaktu PdPC dalam kelas. Selain itu, ia dapat membantu pelajar rasa keyakinan dan seronok ke sekolah bila sesuatu topik yang dipelajari telah diketahui dulu.

5) Proses ulangkaji yang berulang kali dan berterusan.

Disiplinkan diri anda untuk sentiasa mengulang kaji topik yang telah dipelajari berulang kali. Sebagai contoh, pada minggu ini anda mengulang kaji dan membuat nota untuk Bab 1 dan 2 Tingkatan Empat. Ambil sedikit masa pada minggu hadapan untuk membaca kembali nota yang anda buat untuk bab-bab ini. Kemudian, pada minggu yang seterusnya, baca sekali lagi nota yang telah dibuat. Proses ulang kaji yang berulang kali ini akan menjadikan memori yang disimpan menjadi semakin kuat dan kekal lama.

Sumber: Facebook Santai Sejarah SPM

Artikel menarik:

Pelajar asrama kembali bersekolah secara berperingkat. Akan bermula 15 Julai dan 3 Ogos depan

"Pembukaan semula sekolah mulai 15 Julai undang kebimbangan ibu bapa?" - Dr Rafidah kongsi pandangan

Covid-19 boleh disebar melalui bawaan udara

Covid-19 boleh bertahan pada kulit selama empat hari

Wabak masih belum berakhir