KEBANYAKAN pelajar sering berhadapan dengan kesukaran mengingat pengasas kesultanan.

Justeru, guru Sekolah Kebangsaan Batu Luking, Kanowit, Sarawak, Asraf Selajudin berkongsi tip padu untuk membantu pelajar Tingkatan Dua dalam subjek Sejarah.  

Menurutnya, teknik graf yang diperkenalkan itu bertujuan mengenal pasti pengasas kesultanan.

"Bila guna teknik ini, respons pelajar sangat baik. Dapat kenal pasti pengasas kesultanan hanya dengan melihat bentuk graf.

"Bagi yang belum cuba atau belum ingat, sesuai sangatlah guna teknik tersebut. Harap tip padu ini dapat bantu semua," katanya yang merupakan guru Bahasa Melayu dan Sejarah.

 

 

Sumber: Sumber: Facebook Cikgu Asraf

Tip lain:

Tip Cikgu Asraf bantu masalah murid mengeja (imbuhan apitan ke-an) - Guru-guru boleh cuba cara ini