MUNGKIN ramai kalangan murid yang berhadapan masalah untuk mengenali nombor 10 hingga 1 dalam Bahasa Arab.

Kerana itu, guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Kenering, Hulu Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Teknik Plat Kenderaan Cikgu bagi membantu murid berkenaan.

Menurut Ustaz Quszaini yang merupakan lulusan University of Mutah, The Hashemite Kingdom of Jordan, terdapat lima kaedah yang digunakan menerusi Teknik Plat Kenderaan Cikgu.

1) Murid diminta untuk menghafal nombor dalam Bahasa Arab dalam masa 10 minit

Murid diminta untuk menyediakan nombor plat kenderaan guru masing-masing mengikut kreativiti masing-masing dan mengikut kemampuan.

 

2) Nombor plat kenderaan tersebut dipegang atau digantung di leher murid

Salah seorang murid akan dipanggil ke hadapan kelas untuk menyebut nombor tersebut dalam Bahasa Arab secara pantas. Setelah selesai, rakan lain pula datang ke hadapan dengan membawa nombor plat masing-masing dan menyebut dalam Bahasa Arab.

 

3) Pembentangan kumpulan

Pembentangan bagi menaikkan semangat murid-murid untuk memberikan persembahan terbaik.

 

4) Membawa murid ke luar kelas

Semua murid akan dibawa ke luar kelas. Mereka akan menuju ke kereta milik guru yang berada di bawah garaj. Di sana murid yang membawa nombor plat kenderaan sama dengan nombor plat kenderaan cikgu akan membaca dalam Bahasa Arab. Murid-murid yang lain juga akan mengikut apa yang telah dibaca.

 

5) Membawa plat nombor ke arah kenderaan lain

Mereka akan menuju pula ke arah kenderaan guru yang lain. Seorang murid akan membaca dalam Bahasa Arab diikuti murid-murid yang lain. Kemudian menuju ke arah kenderaan lain dan melakukan perkara yang sama sehingga habis nombor yang ada pada murid-murid.

 

Kelebihan

1) Material dan bahan disediakan sendiri oleh murid mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing.

2) Semua murid bersungguh-sungguh menyediakan bahan untuk menyiapkan tugasan .

3) Semua murid terlibat dan berebut-rebut ke hadapan untuk menunjukkan plat nombor masing-masing dan menyebut secara pantas di hadapan.

4) Murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk mengenali nombor.

"Secara tidak langsung murid juga turut mengenali kereta guru andai ada guru-guru mengarahkan mereka mengambil barang atau keperluan yang tertinggal dalam kereta.

"Maklum sahajalah parkir dan bilik guru sangat jauh. Jadi inilah masa yang sesuai untuk menilai kepandaian dan ingatan murid mengenali kereta melalui plat nombor," ujarnya.

Tip penting:

Tip tarik minat pelajar lemah belajar Matematik - Guru Cemerlang kongsi tujuh rahsia

Tak sampai dua bulan, pelajar kelas hujung kuasai BM guna Kad Tekad ciptaan Cikgu Ghani

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam