TIGA jenis ‘makanan’ yang terbaik ini boleh membantu anak-anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang serta dapat membantu anak-anak untuk lebih mudah fokus dalam kelas dan pelajaran.

1) Makanan jasad

Makanan untuk jasad sangat penting kerana makanan untuk jasad inilah yang akan membentuk akal, emosi dan hati anak-anak.

Makanan yang baik dapat membentuk peribadi yang baik.

Merujuk kepada pakar pemakanan, anak yang tidak baik sebenarnya disebabkan oleh pengambilan makanannya yang tidak seimbang dan tidak baik bukannya disebabkan anak itu yang tidak baik.

Tanda-tanda anak mendapat makanan yang tidak baik ialah kita boleh lihat pada najis mereka.

Ini melambangkan jenis makanan yang ibu bapa berikan pada mereka.

Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang ialah: akan membentuk karakter anak-anak yang mudah menangis, meragam dan mengamuk.

Jadi, ibu bapa mestilah membantu anak-anak untuk memberi makanan yang sihat.

Contoh makanan yang tidak baik yang harus dielakkan: makanan segera, makanan yang mengandungi MSG, minuman bergas, makanan yang manis. Semua makanan ini tidak baik untuk membentuk intelektual anak-anak.

Makanan yang boleh diambil oleh anak-anak ialah: makanan sunah iaitu makanan yang baik lagi halal. Contoh makanan yang baik dan sihat yang ibu bapa boleh bekalkan kepada anak-anak supaya jasadnya semakin baik ialah:

  1. Kurma: dapat membekalkan tenaga kepada anak-anak untuk berfikir.

  2. Madu: makanan yang baik dan dapat membekalkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan anak kita dan membantu anak-anak untuk fokus dalam pelajaran.

  3. Susu: dapat menguatkan tulang dan membekalkan kalsium.

  4. Makanan-makanan protein seperti kambing dan ayam.

  5. Roti: dapat membekalkan karbohidrat.

2) Makanan akal

Anak-anak mesti tahu dan belajar kaedah-kaedah belajar yang betul barulah mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Cara untuk membina akal anak-anak ialah dengan mempelajari kaedah belajar yang betul. Jenis kaedah belajar ialah:

  •     Teknik Belajar Otak Kanan Dan Kiri

  •     Teknik Belajar Straight A

  •     Teknik Menghafal Yang Betul

  •     Teknik Menulis Nota Yang Betul

  •     Cara Membaca Yang Betul

Jika anak-anak tidak belajar kaedah-kaedah belajar yang betul, mereka sebenarnya tidak menggunakan akal secara optimum.

Oleh sebab itu, ada kalangan pelajar yang belajar bersungguh-sungguh namun hasilnya kurang memuaskan. Ini mungkin disebabkan kaedah belajar mereka tidak tepat dan perlu diperbaiki lagi.

Kaedah belajar yang betul dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak dan meningkatkan penggunaan akal mereka.

3) Makanan hati

Makanan untuk hati amat penting untuk dijaga agar hati anak-anak sentiasa tenang, lapang, bersyukur, bersabar. Jika hati anak dalam keadaan baik, inshaAllah kehidupan mereka akan berasa lapang. Anak-anak mesti belajar:

1) Makna kehidupan mereka

2) Makna belajar yang betul

Maknanya, belajar bukanlah kerana exam, ibu bapa, sekolah, dan apabila disuruh oleh cikgu semata-mata ataupun bukan kerana untuk mendapat straight A semata-mata.

Anak-anak mesti ada makna belajar yang betul.

Anak-anak mesti ada makanan untuk hati mereka untuk mengetahui makna kehidupan yang sebenar dan makna belajar yang betul.

Makanan yang baik untuk hati sangat penting supaya apabila anak-anak ada masalah, hati mereka akan tenang dan lapang.

Sumber: Che Mat