Jangan, Digalakkan dan Mesti.

"Ini tiga pantang larang yang perlu calon SPM ingat," kata Guru Cemerlang Fizik Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar Muar, Mohd Afiffi Baharuddin.

Menurutnya, pantang larang yang dikongsi olehnya itu bertujuan memudahkan calon SPM menjawab peperiksaan yang bakal berlangsung pada Rabu, 27 November depan.

"Ini sebagai panduan buat semua. Semoga berjaya," ujarnya.

**********

Pantang larang yang dikongsi Cikgu Mohd Afiffi   

1) Jangan

  • Jangan membaca soalan terlalu cermat sehingga menjadi terlalu lama semasa menjawab. Praktis sehingga boleh menjawab soalan dengan cepat dan cermat dalam jangka masa yang sesuai.
  • Jangan menulis “lebih kurang” atau “lebih sedikit” semasa membina ayat perbandingan.
  • Jangan ulang semula ciri-ciri bagi cadangan yang telah dinyatakan di dalam soalan. Sila kenal pasti perkataan tersebut terlebih dahulu sebelum menjawab.
  • Jangan menulis dua jawapan yang kontra.
  • Jangan menulis dua jalan pengiraan yang berbeza bagi satu soalan.
  • Jangan menulis cadangan ciri-ciri yang terlalu umum seperti pelari perlu memakai “kasut yang sesuai”. Sepatutnya kasut yang berpaku.
  • Jangan gunakan perkataan “terlalu”. Contoh, berikan saiz kipas yang sesuai, dijawab “tidak terlalu kecil”

2) Digalakkan

  • Digalakkan untuk menjawab dalam bentuk point bagi soalan esei
  • Digalakkan dalam bentuk jadual bagi soalan modifikasi dan cadangan
  • Digalakkan memberi lebih dari satu alasan bagi setiap cadangan
  • Digalakkan menulis formula terlebih dahulu sebelum membuat pengiraan
  • Digalakkan untuk menulis soalan seterusnya pada muka surat yang baru (esei).
  • Digalakkan melukis sekiranya sukar untuk menerangkan menggunakan ayat.
  • Digalakkan menjawab lebih dari satu soalan pilihan sekiranya masa mencukupi

3) Mesti

  • Memberikan sekurang-kurangnya 5 cadangan bagi soalan esei 10 markah walaupun soalan hanya berikan kurang dari 5 aspek.
  • Pastikan bilangan isi jawapan adalah sama atau melebihi dari jumlah markah.
  • Bawa pembaris Panjang untuk melukis graf kertas 3
  • Menghafal beberapa definisi dan konsep yang penting dan biasa dalam fizik
  • Cekap penggunaan kalkulator terutamanya bahagian imbuhan (prefix)
  • Mesti cekap pertukaran unit seperti cm kepada meter, cm2 kepada m2 dan seumpamanya.

Tip Penting:

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

Cikgu Tan kongsi teknik TKS, menulis esei 'Pendahuluan' mantap subjek Bahasa Melayu SPM

Guru Cemerlang kongsi empat tip mudah skor subjek Matematik SPM

Sering gagal Matematik? Guru cemerlang ini kongsi rahsia mudah lulus subjek Matematik SPM