Perkongsian daripada FB Wan Fadzlina W. Mahadzer mengenai persiapan membeli baju sekolah untuk anaknya ini mungkin boleh menjadi rujukan ibu bapa di luar sana. Meh kita tengok..

 

 

+++++++++++++

 

1. TAK PERLU beli uniform sekolah sampai 5 pasang konon nak senang pakai untuk seminggu terus.

BELI MAX 3 PASANG SAJA.

Dalam seminggu, budak akan ada PJK 2 kali. Pakai baju sukan dari pagi sampai balik.

2. Sediakan pakaian sukan 2 pasang untuk elak kelam kabut membasuh baju pjk anak tgh malam sambil jemur bawah kipas ???

Yelah buatnya dalam jadual PJK dua hari berturut, lap peluh mak. haha

3. Untuk anak boy darjah 1, tak payahlah bagi pakai belt bagai. Rasanya sekolah tak marah pun kalau tak pakai belt. Bukan apa, takut seluar basah dulu sebelum belt sempat bukak ???

4. Elok beli singlet untuk elak baju sekolah bau masam ya amat.

5. Beli baju tu elok bawak anak. Then silalah try kat badan anak, suruh anak pakai. Aidi sampai bukak baju seluar tinggal sepender je kat Tesco tadi ???

Bukan apa, tak semua brand uniform ni suit elok dgn badan anak kita. Nak nak yang badan macam Aidi, pinggang besor, kaki pendek. Jenuhhh cari size.

Kemeja brand canggih elok kat badan. Seluar brand canggih huduh benor Aidi pakai. Mujur Tesco ada 3, 4 brand berbeza bolehlah try satu-satu mana paling okey Aidi pakai. Last beli kemeja brand Canggih, seluar brand U-Cemerlang.

LAIN-LAIN KELENGKAPAN

6. Stationery beli kat Mydin kot better. Beli borong terus banyak-banyak. anak-anak kita ni time rehat makan pensel bukan makan nasik ???. Memanjang hilang stationery tu. Kalau tau mana lagi lubuk stationery murah bagitau please....

7. Beg sekolah kalau aku lah, elok beli yang berkualiti sikit. Maksudnya kalau anak nak beg boboiboy, beli yang original boboiboy (price range RM70 to RM120)

Sebab apa?

Sebab memang tahan lama. Beg tadika Aidi (harga dalam rm90) beli awal tahun 2016, sampai sekarang masih elok. Rasa nak je suruh Aidi pakai beg sama naik darjah 1 takyah beli baru tapi macam kedeks sangat mamanya pun ???

Tapi apapun depends la pada perangai anak memasing. Dapat jenis Aidi yang akan pakai beg selagi tak rosak dia takkan mintak beli baru, berbaloi la beli yang mahal sikit. Kalau jenis tiap bulan mintak ganti beg baru, errrr ???

8. Botol air/ bekas makanan beli yang biasa-biasa je tapi of course la kita mak mak nak cari yang helok cantik jugak kan. Maksudnya elak beli yang mahal utk kurangkan risiko makan hati sebab botol air/bekas makanan semedang hilang tak dapat dikesan.

Sila jangan bagi anak bawak bekas makanan tupperware uols pegi sekolah. Smiggle smiggle tu pun aku seriau nak belikan Aidi, uiii kalau hilang mama nanges nak oii ???

9. Tempahlah sticker kekecik nama anak. Font jelas, mudah dibaca untuk ditampal pada barang-barang anak kita. Yelah kemungkinan tertukar dengan kawan tu besar sangat.

Kalau rajin, tulis guna permanent marker pun ok je. Janji berlabel.

Pastu kalau jenis malas menulis macam aku, tempah lah cop nama anak. Senang cop aje kat buku-buku sekolah anak. Haha pemalas punya mama kuikuikui.

Oh jangan lupa beli sticker kaler-kaler tu untuk tampal kat buku anak. Beli 5 kaler berbeza utk 5 hari sekolah. Contoh buku untuk hari Isnin, tampal sticker biru, Selasa sticker merah and so on. So senang sebelah mata pun boleh kita kemas beg sekolah anak nanti.

Jangan korang suruh anak bawak semua buku setiap hari pulak. Bongkok cepat la anak tu huhu.

10. Okey nombor 10 korang tambah sendiri kat bahagian komen. hiks

SUMBER : FB Wan Fadzlina W. Mahadzer

Artikel Menarik:

Ini petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa peperiksaan Fizik, 27 November nanti

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai