RAMAI guru berhadapan dengan masalah murid gagal mengeja (imbuhan apitan ke-an).

Kerana itu, guru Sekolah Kebangsaan Batu Luking, Kanowit, Sarawat, Asraf Selajudin berkongsi sedikit tip dalam membantu masalah berkenaan.

Cikgu Asraf yang merupakan guru Bahasa Melayu (Tahap Satu) dan Sejarah (Tahap Dua) berkata, murid selalu menambah huruf "k" dalam setiap perkataan yang diberikan.

"Jika perkataan "tamak"...mereka akan eja ketamakkkan. Manakala perkataan "banyak"...murid-murid eja "kebanyakkan". Kedua-dua jawapan tersebut, sebenarnya salah kerana "tamak" sepatutnya dieja dengan "ketamakan" dan "banyak" "kebanyakan," katanya kepada GPS Bestari.

Jom ikuti tip padu seperti yang dikongsi oleh guru muda ini menerusi laman facebook Cikgu Asraf.

**********

Nak tambah satu K atau dua K?

Ejaan yang mana betul antara “kebanyakkan dan kebanyakan”?

Bukan murid je hadapi masalah ni, orang yang dewasa pun hadapi masalah ni tau. Benda ni sangat-sangat penting terutamanya bila menulis karangan.

Markah karangan pasti akan terjejas sebab markah ditolak. Sebab apa? Sebab kesilapan ejaan. Rugi kan? Pasti kita nak elak benda-benda camni. Betul?

Sumber: Facebook Cikgu Asraf

Tip Menarik:

Guru Pakar Sains kongsi lima tema penting yang bakal murid Tahun Empat pelajari tahun hadapan

Tip mudah ingat sifir 2,5,10 dan 11 cara Teacher Shaza

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun hadapan

Anak masih lemah Matematik...cikgu ini kongsi 11 tip mudah mengajar murid Tahun Satu hingga Enam

Tiga sebab ini perlu ada, jika mahu jadi guru yang cemerlang dan bernilai