Mengantuk ketika belajar adalah antara perkara biasa yang dialami oleh semua pelajar.

Banyak faktor yang menyebabkan anak-anak didik berkelakuan sebegitu.

Antaranya, kerana penat, kurang minat dengan sesetengah subjek, tidak cukup tidur dan persekitaran belajar tidak menarik.

Di sini, kami kongsikan tip menghilangkan mengantuk semasa belajar.

Semoga ia membawa manfaat buat semua.  

1) Rehat

Pastikan sebelum nak mula belajar, anda rehat secukupnya. Rehat secukupnya bermakna pastikan anda mendapat tidur yang cukup atau rehat sebentar sekiranya betul-betul tengah mengantuk. Ini bagi memberikan ruang untuk otak berehat.

Selain itu, selepas makan juga pastikan rehat dahulu. Jangan terus belajar selepas makan, ini kebiasaan selepas makan, perut kenyang akan mudah rasa mengantuk. Jadikan pastikan rehat sebentar dalam satu jam selepas makan, barulah sambung belajar.

2) Bermain

Ini bukanlah bermaksud anda bermain sehingga tiada limit masa, tetapi ianya bermaksud contoh selesai kelas di sekolah atau mengulangkaji, tiba waktu petang jam 6 petang, anda bolehlah keluar bermain atau bersenam bagi mengeluarkan peluh serta melegakan ketegangan setelah sekian lama terperap dalam bilik belajar. Pergerakan badan juga amat penting bagi memberikan otak sentiasa cergas dan tidak mengantuk. Ingat, waktu bermain jangan terlalu lama, cukup sekadar tidak lebih satu jam bermain. Jika terlalu lama, pasti anda terlalu letih untuk belajar pada malamnya.

3) Tempat

Tempat juga memainkan peranan penting untuk elakkan mengantuk semasa belajar. Elakkan belajar dengan secara baring di atas katil, walaupun katil adalah tempat selesa dengan tilam dan bantal yang empuk, ia lama-kelamaan anda akan tertidur juga semasa belajar. Secara psikologinya juga, tilam dan batal juga ‘menarik’ kita untuk rehat dan tidur terus berbanding dengan belajar. Oleh itu, pastikan anda belajar dengan cara fokus dan duduk di atas kerusi dan di meja.

Pastikan juga persekitaran seperti udara yang segar, pemandangan yang menarik mampu menjadikan anda lebih semangat untuk belajar. Oleh itu, kebanyakkan tempat sesuai adalah seperti di perpustakaan atau mana-mana tempat yang anda selesa dan boleh belajar.

Pilih tempat yang betul semasa belajar agar anda tidak mudah rasa mengantuk atau malas.

4) Tidur

Pelajar tidak digalakkan tidur lewat kerana boleh menjejaskan prestasi pada esok harinya. Pastikan tidur awal dan JANGAN PAKSA tidur lewat kerana nak bermain game dan sebagainya. Tidur secukupnya supaya segar pada esok harinya.

Ketika anda sedang belajar dan sedang rasa mengantuk, seeloknya tidur lah sekejap. Ini kerana tiada guna paksa diri untuk tahan mata sedangkan apa yang anda belajar tidak masuk otak langsung. Lebih baik tidur sekejap sampai otak sudah rehat dan sambung semula belajar.

5) Kumpulan belajar

Bagi mengelakkan rasa mengantuk, elakkan belajar seorang dan belajar bersama rakan-rakan. Ini juga menyebabkan secara automatiknya anda akan terus segar belajar dan tidak rasa kebosanan dan mengantuk. PASTIKAN niat bersama rakan-rakan untuk belajar dan bukannya untuk bersembang.

Dengan adanya kumpulan belajar juga anda boleh tanya pada rakan sekiranya tidak faham. Ini menjadikan belajar dengan secara berkumpulan lebih berkesan berbanding belajar seorang. Elakkan kumpulan yang terlalu ramai, memadai hanya tiga atau empat orang sahaja.

Sumber: Akademi Super Press  

Artikel menarik

Buat jadual harian belajar mengikut silibus, ibu muda ini kongsi tip menjadi guru di rumah

Baru tahu sukarnya jadi guru di rumah, empat tip berikut bantu anda jadi ibu bapa cemerlang

YaPEIM sumbang RM20,531 kepada siswa B40 USIM